morning dearest..biasalah blogger biskut chipsmore..now you see it now you dont..hehehe..lama sangat tidak mengupdate..belum terlambat mengucapkan selamat hari raya..hari ini 21 syawal dah..
apa yang ingin ku kongsikan adalah satu cerita yang ku nampak..ku rasa dan ku perhatikan..
aku sebenarnya merasa hairan dan pelik dengan sikap sesetengah remaja yang kurang rasa hormat kepada orang yang lebih tua.. aku tidak suka lagak mereka yang sombong, kasar dan 'cocky'..kalau waktu gembira ketawa terjerit jerit tidak mengira waktu magrib atau malam..bila sudah marah terjerit-jerit dengan muka ditampar malaikat dengan berjalan menghentak kaki..
alahaaaaiiii..sedarkah dia bahawa dia tinggal bersama-sama dengan orang lain..ramai lagi yang lebih tua daripada dia..kenapa biadab sangat ?
aku rasa sedih melihat ibunya yang langsung tidak dihormati..seingat aku kalaulah zaman dulu dia berperangai macam ini lama sudah ditembak dengan senapang gajah hehhe
apa yang paling aku tidak suka ialah dia cuma ingat kepala anginnya saja..sesuka hati melayankan perasaannya seolah olah orang lain tiada perasaan..nasib baiklah bukan adik kandung atau anak saudaraku... kalau tidak lama sudah ku SOUND SYSTEM kan..
hehehe..
Tuesday, August 27, 2013
Thursday, May 9, 2013
its been a while
hi hi hi..its been ages since i had updated my blog..so sorry my part of mistakes and i always blame it on the rain..
hi dears followers.. sorry for not being there for you all..
today is 10.05.2013 just like a blink of an eye then suddenly its nearly mid-year of 2013..time do flies no matter what we do..
mmm a lot of thing happened lately..i never dream it will be unfold to be like this..far too different from what i had imagine and far too catchy that what my i think will transpire from all those tears i cry...but what the heck..i'm knew Allah wont let me eat whatsoever food i can't chewed on..right ????? who else know better than the Almighty..
there's one short story i want to share with you all..you can either make you own conclusion or assumption, its an open book.. i rather let you fulfill your wild imagination than not hahahaha
there a single mom..she's a very simple lady, some like her as much as other hate her..she doesn't even care what people think of her.. she had been in a relationship with a very sound and stable man.. and the flames i told you..enough to burn all years long..uhuhuh
but so sudden the table turned..she met with someone new..totally opposite of her flame..but against all odd..she fall deeply in love with him..he is nothing to compare with her man, nothing at all..not the looks..not the money..not even the attitude towards her..
but, it called love..she never hesitate when he ask her hand for marriage..and the rest of the story is history..
thats all adios

Wednesday, November 28, 2012
mimpi sedih
setelah sekian harinya berhenti menaipkan entri hari ini hati ku tergerak untuk mengongsikan sedikit cerita..bagi sesiapa yang mengikut blog ini sememangnya sudah mengerti erti penama ZIM kepadaku..
lewat minggu lepas ZIM mendatangiku dalam mimpi..sebenarnya aku juga tidak mengerti kenapa aku harus bermimpi bertemunya..mungkinkah minda di bawah sedarku yang menciptakan mimpi tersebut..
aku akui sememangnya aku tertekan dan bersedih minggu lepas..saat hatiku merintih jiwaku menangis kerana keadaan yang tidak menyebelahi aku..waktu aku terlelap dengan sisa airmata aku bermimpi menemui ZIM..
dia duduk dibangku kayu sama seperti dalam mimpiku yang sudah sudah dan aku juga duduk disebelahnya memandang jauh ke saujana pemandangan waktu senja yang berbalam indah..
noey.. suara ZIM bergetar menusuk kehatiku..janganlah menangis lagi..aku merasa tidak tenteram kerana tembusan suara tangisanmu.... seusai ZIM melafazkan kata itu..dalam mimpiku aku mengalirkan airmata. aku merasa sebak kerana dia mengakui tidak tenteram.
aku jawap..Maafkan aku, aku tidak sengaja. tapi aku rasa sedih kerana apa yang ku harapkan masih belum menjadi kenyataan..tapi aku tidak dapat halang diriku dari menangis..ujarku demikian.
ZIM tersenyum dan senyumannya juga menusuk jantungku kerana apa aku pun tidak tahu. aku gembira untukmu Noey..aku tau hatimu telah temui apa yang aku telah bawa pergi.. aku hairan dengan kata ZIM sedemikian, macam sukar untuk aku cernakan waktu itu..
tapi berhentilah menangis sudahlah..kemudian ZIM pegang pipiku..seka air mataku dan bangun untuk berlalu pergi...bila aku tersedar pipi n bantalku basah dengan air mata..sehingga saat ini aku masih tertanya tanya erti mimpiku..
tapi ZIM terima kasih kerana mengunjungiku saat aku bersedih dan perlukanmu..aku telah hadiahkan fatihah untukmu lambang kasih sayangku..

Friday, August 31, 2012
segalanya sudah berakhir part 3
biar aku kongsikan sedikit cerita ini.. cuma secebis dari yang banyak..dan itulah peristiwa yang membuatkan aku bangkit dan meminta jalan perpisahan
hari itu merupakan hari yang sangat sibuk bagi aku. ada sedikit kerja yang perlu tandatangan pengarah dan aku menyiapkannya sejak dari pagi hingga ke lewat petang kerana pengarah akan berada diluar pejabat mulai dari keesokannya.
aku lega bila kerjaku selesai dan sedang berkemas kemas untuk pulang. tiba-tiba telefonku berbunyi dan pangilan dari dia. setelah 3 hari tidak pulang ke rumah..tanpa telefon atau sms bertanyakan khabar kami atau memaklumkan di mana dia berada tiba tiba pada petang itu dalam jam 6.10 minit dia menelefonku. seperti biasa aku menjawab..
Dia : dimana ko ni
Aku : diofis
dia : lambat juga ko balik pukul berapa sudah ni. hah..aku dirumah si lalai ni hantarkan aku duit rm300.
aku terkejut dengan permintaannya.
Aku : aku mana ada duit banyak tu..untuk apa
Dia : jangan lagi kau banyak tanya. aku mahu pakai duit. kenapa nda boleh kah. oo kalau kau boleh pula ko berbelanja beribu-ribu..kalau aku nda boleh..
dia menjerit di telefon sambil memaki aku @@#$$%%^
Aku : aku berbelanja pun utk keluarga dan menggunakan duitku sendiri..aku tidak mahu bagi
Dia : perempuan &**%^^ aku tau kau curang sana ada boy friend.. balik ko ke rumah kau taulah nasibmu kalau kau nda bagi duit.
Aku : aku tetap tidak mahu bagi
Dia : memang dasar keturunan sundal dasar keturunan anjing..$%^&& kalau ko tidak bagi ku bakar rumah tu.
kerna tidak tahan dengan maki hamun dia..aku yang masa tu mmg sudah stress dan penat juga turut naik angin.
Aku : aku tidak mahu..CERAIKAN aku..aku tidak tahan sudah dengan kau..ceraikan aku..
demikianlah permulaannya..malam itu aku takut untuk balik ke rumah dan aku menumpang tidur di hotel kebetulan adik kandungku sedang outstation dilabuan..
sebenarnya kejadian maki hamun, sumpah menyumpah ini sudah menjadi tabiatnya sejak kami mulai berkahwin..setiap kali mabuk dan bersuka suka di luar rumah..bila sahaja dia balik..yang menjadi mangsa kemarahan adalah aku. aku pun tidak tahu kenapa dia bersikap demikian.
aku pernah bertanya pada dia kenapa dia suka memaki hamun dan memarahi aku sebaik sahaja dia balik ? dia menjawap dia sendiri pun tidak tahu..cuba bayangkan kehidupan ku selama 9 tahun menahan hati..bukankah akhirnya pertahananku roboh juga..
aduhai..akan bersambung..

segalanya sudah berakhir part2
aku tergerak untuk menulis lagi sambungannya hari ini..segalanya ini merupakan luahanku sahaja semata mata. bukan untuk mencari kesalahan ataupun apa tapi sekadar sebuah luahan hati.
aku tidak mengerti akan sikap lelaki ini. semasa aku masih sah menjadi miliknya sedikitpun dia tidak ingin mengambil endah apa yang kulakukan. apatah lagi memerhatikan segala sikap dan perbuatan malah tidak pernah mempertikaikan dengan siapa ku berkawan.
tapi kenapa bila sudah jalan terpisahan terbentang dan aku sedang melaluinya..mendadak cemburunya meningkat. kecurigaannya bertimpa timpa.. hairan bukan..
dia menuduh perpisahan kami ada kena mengena dengan orang ketiga..ada kena mengena dengan perbuatan sihir seseorang..hakikatnya dia tahu mengapa. dia mengatakan perubahanku mendadak hingga sanggup meminta perpisahan.. sebenarnya aku malas mahu bertengkar kerana akhirnya hatiku juga yang menangis.
aku ingat lagi tentang sikapnya yang tidak pernah menghargai aku sepanjang perkahwinan kami. aku ini hanya merupakan lambang sahaja dalam rumahtangga. dia juga suda terbiasa ada segala-galanya ku sediakan..
sekiranya dia ingin berbuat sesuatu yang nyata tidak ku sukai, tak akan pernah dia mempertimbangkan perasaan ku, dia memperlakukan aku sesuka hatinya.
aku sudah selalu mengingatkannya..tolong hargai aku selagi aku masih sayangkan kau. tolong hargai perasaanku kerana sekiranya aku sudah tidak sayang..sukar untuk aku bertahan dan menerima semua perbuatanmu terhadapku.
arak dan judi serta kecenderungan mengunjungi pusat hiburan.. inilah yang tidak pernah dapat ditinggalkannya. bayangkan apa perasaan mu sebagai isteri bila suami mu tidak balik berhari hari ke rumah kerana sibuk mencari hiburan diluar.. dan bayangkan perasaanmu bila dia balik maki hamun dan sumpah seranah yang disemburkan..
tidak sekali dia pernah mengungkapkan maaf atas semua perbuatannya. setiap kali menerima duit, setiap kali itu juga dia tidak akan pulang kerumah..bukan sekali dua malah berkali kali..

Wednesday, August 29, 2012
segalanya sudah berakhir..part 1
segalanya sudah berakhir.. ia bermula pada 29 Ogos 2003 dan berakhir pada 19 Ogos 2012 setelah 9 tahun dihempas badai dan gelombang..mencuba untuk melakar kenangan indah dan akhirnya kecundang lagi.. kali ini kecundang ini agak berbeza kerana ianya berlaku atas permintaan ku sendiri..
bukan senang mengharung hidup bersama dia..tapi aku juga tidak nafikan pernah bahagia.. sebenarnya apa yang terjadi sememangya ketentuan dariNya sebagaimana tersurat dalam Loh Mahfuz.
apa yang ingin aku kongsikan adalah kenapa aku akhirnya meminta jalan perpisahan. sekian lama aku hanya bertahan bertahan dan bertahan..bersabar bersabar dan bersabar..namun sampai bila harus aku pertahankan kalau tiada perubahan yang berlaku.
dalam kehidupan rumahtangga kami aku merasakan hanya aku sahaja yang berkayuh untuk menyampaikannya ke destinasi. sekiranya kapal kami berlubang aku menampalnya supaya tidak karam. namun sebaliknya tindak tanduknya hanya menambahkan lagi keuzuran bahtera kami itu.
aku sudah lali bila dia menuduh ku mempunyai orang ketiga kerna meminta perpisahan. sesekali tak akan dia mengaku bahawa semua yang terjadi adalah anyaman indah hasil perbuatan dan sikapnya. malah seluruh marga keluarganya telah dijaja cerita tentang kecurangan ku.
bagi ku terpulanglah kepada dia. kau boleh cipta semua cerita. kau boleh jaja semua perkara tentang kecuranganku. tapi jauh disudut hatimu aku yakin kau tahu kenapa ini semua terjadi..bukankah aku sering kali berkata..selagi aku masih menyintaimu menyayangimu tolong lah hargai aku. tolonglah jaga perasaanku. jangan biarkan aku menangis. jangan sakiti hatiku.. saban waktu tahun demi tahun itulah rayuanku kepadamu.
aku sudah terangkan kepadamu. aku ini amat pemaaf orangnya kerana kau ku sayangi. tapi yang kupinta cuma penghargaan..itu sahaja. tapi 9 tahun berlalu... sedikitpun kau tidak mengambil endah perkara itu. kau terus terusan melakukannya..
melukaiku..menyakitiku..aku juga sudah tegaskan kepadamu..sekali aku sudah mengambil keputusan, aku tidak akan berpaling lagi walaupun nyawaku sebagai galang gantinya.. aku rasa peluang 9 tahun sudah terlalu panjang aku berikan.
kini aku merasa lega...kadang kadang terdetik rasa kasihan terhadap mu..tapi bagaimana aku memikirkan untuk kembali sedangkan kau lampiaskan kemarahanmu sehingga ke tahap ugutan ingin membunuhku ? kalaulah aku ini tidak bersimpati denganmu lama sudah aku membuat laporan polis atas perbuatanmu..
adakah kau lupa kau mengugut aku dengan skru driver..atau pisau..walaupun kau kata kau tidak akan sampai hati untuk mengunakannya terhadapku..tapi adakah kau pasti..aku sudah katakan padamu..kalau kau rasa dengan membunuhku membuat kau senang dan tenang..dipersilakan..tidak mengapa aku mati ditanganmu.. sudah ku ungkap kata itu..
maka haruslah dirimu mengerti dan cubalah renungkan..

Sunday, April 22, 2012
being happy
wah.. teringin pula mengupdate blog lama sudah tidak menulis sesuatu kan ? tajuk ku ringkas sahaja iaitu being happy.. menjadi seorang gembira.. nampak macam senang tapi bukanlah semudah itu kan guys ?
banyak ups and downs dalam kehidupan ini. masalah rumah tangga masalah perasaan semuanya kadang-kadang tidak dapat dikongsikan dengan rakan-rakan. akhirnya aku mencipta formula sendiri iaitu 'happy essence'.. di mana setiap kali masalah ku timbul akan ku titikan beberapa titis esen gembira di dalamnya. walaupun hakikat hati itu sakit dan terluka sekurang kurangnya aku mengalihkan tumpuanku terhadap esen tersebut memikirkan bagaimana untuk menjayakannya..
nampak seperti orang tak betul hahaha.. tapi ku rasa caraku ini berkesan untuk diriku. setiap kali hatiku dilukai akan ku tuang esen gembira banyak banyak dan ku hiburkan diriku dengan cara yang aku sukai..
kadang kala apabila sudah selalu dilukai perasaan itu telah mati. dan untuk mengelak aku ikut sama mati.. aku akan mencari jalan untuk menghidupkannya. aah.. begitulah kehidupan kadang kala sama sekali tidak kita faham kenapa putarannya berlaku sedemikian..
hari ini aku sedikit gembira kerana bertemu rakan-rakan lama yang gila-gila membuatkan aku tersenyum biarpun dalam menangis hehhe hebatkan mereka.. menemui mereka seumpama menemui aku yang dahulu.. seorang yang sentiasa happy care free dan caring.. itulah sifat sebenar aku..
nah itu sajalah catatan ku hari ini semoga bertemua lagi adios..

Sunday, March 25, 2012
again and again
mac sekali lagi datang seperti selalu.. sebenarnya aku hampir terlupa tentang ulang tahun pemergian mu.. tapi tanpa dipinta namamu melintas difikiran dan rupanya ulang tahun ke 17 pemergianmu..
beberapa hari dahulu aku sedang bersedih amat.. malam ku terganggu dengan tangisan.. ada perkara yang menyentuh hati.. dan kesedihan itu bukan dibuat-buat..
tiba tiba malam berikutnya aku bermimpi kau datang zim. berbeza dalam mimpiku sebelum ini nyata raut wajahmu sudah berubah. pipimu sedikit tembam dan ku rasa kau semakin tinggi..
dalam mimpiku kau mengajak aku duduk disebuah kerusi taman.. di atas sebuah bukit yang indah dan berangin. yang lucunya dalam mimpiku itu aku tahu aku sedang bermimpi.. hebatkan..
aku hairan lalu bertanya tentang keadaanmu. seperti biasa senyum manis dan lesung pipit kau pamerkan.. aku beginilah..jawapmu..jangan kau risaukan.. aku cuma tersenyum mendengar jawapan mu zim..
maafkan aku kerana membuatkan kau selalu teringatkan ku..kata zim. mana ada kau salah zim, masalahnya aku yang tidak dapat melupakanmu.. tidak sekali kali aku dapat.
kau raih tanganku dan kau mulai berkata. noey, janganlah kau menangis selalu. kau tau setiap kali airmatamu keluar aku menjadi tidak tenang dan ingin kembali padamu. aku sebenarnya terkejut dengan kata-katamu tu zim.. macam wayang korea pula.. terlebih romantik..
aku mahu membuka mulut utk berkata tapi kau mengeleng.. aku tau itu isyarat menyuruh aku diam, memang itu cara mu sejak dari dahulu.
noey aku mahu kau ketawa macam dulu. macam waktu kita bersama dulu. ketawamu itu yang memikat aku buat kali pertama.. setahu aku kau wanita yang kuat dan jangan berfikir bukan-bukan..
dan kau harus tahu belum masanya lagi untuk kita berjumpa. aku tahu kau kebelakangan ini asyik terfikir tentang alam ku.. aku cuma terkesima mendengar suara zim.. inotnasi suaranya yang aku rindu rindukan.. 17 tahun belum lagi berjaya memadamkan mu dari hatiku.. aku noey si wanita yang begitu banyak untuk diperkatakan buat pertama kali hilang arah dan kata-kata..
aku terus menangis dan menangis dan zim biarkan saja airmataku mengalir.. lepas ni kau hendak kemana zim.. soalku bila melihat zim berdiri.. noey tempat ku sudah tentu dan jangan kau risau.. jaga dirimu baik baik dan terima kasih kerana tidak pernah melupakan aku.. kau tau saat ahli keluargaku mulai terlupa tentang aku mungkin kerana kesibukan urusan sendiri, masih ada kau yang mengirimkan wangian untuk aku disini.. terima kasih..
bila aku tersedar waktu subuh menjelang.. dan sisa airmata masih dipipiku..
aku masih memikirkan tentang mimpiku.. apakah aku terbawa-bawa dengan angan atau wayang sehingga aku termimpi zim begitu.. tapi aku sempat melihat mata zim bergenang waktu dia berpesan untuk aku menjaga diri..
kemudian ku sedekahkan fatihah untuknya

Thursday, March 15, 2012
segunung intan secebis kesihatan
baru baru ini aku dilanda demam yaNG sungguh teruk menyebabkan aku terlantar selama hampir 14 hari.. bermula dengan demam biasa sehingga tidak boleh bangun waima untuk membuang hajat.. dan berlarutan.. dengan bermacam simtom dan pendapat daripada 4 orang doktor.. mmm
pada masa itu aku asyik terfikir apakah pengakhirannya sudah menghampiri, macam macam bermain difikiran ku kerana selama ini aku tidak pernah sakit sampai begitu sekali.. aku membayangkan apakah nasib anak ku dan keluargaku seandainya Allah takdirkan untuk memanggil aku kembali kesisiNya..
aku rafakkan doa kepadaNya agar janganlah hendaknya nyawaku dicabut ketika aku jauh diperantauan,.. klu Dia izinkan aku ingin dipanggil ketika berada dikampung halaman bagi memudahkan ahli keluargaku untuk menguruskan ku.. sampai begitu sekali doa harianku..
pada masa itu wang sudah tidak menjadi taruhan lagi. semua benda tidak menarik lagi. asyik terbaring menahan kesakitan.. sesungguhnya kesakitan ini menyedarkan lagi aku betapa secebis kesihatan yang dinikmati akan tiba tiba ditarik balik olehNya apabila Dia menghendakinya..
berbalik masalah penyakitku.. setelah beberapa pemeriksaan darah, jantung dsb doktor memutuskan aku tidak mengidap apa penyakit merbahaya.. aku berdoa semoga apa yang dikatakan biarlah kenyataan...
ada juga suara suara yang menyatakan punca penyakitku adalah unsur mistik atau kata orang tempatan ketaguran.. hehehehe lucunya.. but well i kongsikan satu cerita menarik tentang part of mistik..
maybe memang saya sudah mahu sembuh waktu itu or maybe memang ada sedikit gangguan makluk halus.. sebenarnya selama saya sakit tidak terfikir pula meminta rawatan (doa air penawar) daripada ibu mertua.. sedangkan selama ini anak yang demam atau apa sahaja masalah memang selalu meminta air penawar beliau..
jadi apabila saya tidak juga sembuh menjelang hari ke 14 saya sakit, suami mengajak saya singgah ke rumah mertua (kebetulan dalam perjalanan balik ke papar dari labuan- amalan biasa kami memang singgah di rumah mertua terlebih dahulu) dan sebaik duduk diruang tamu suami saya terus memaklumkan ibunya bahawa saya telah lama sakit dan masih dalam keadaan sakit - waktu suami saya memaklumkan mertua memang saya sedang menahan kesakitan dibahagian tengah dada..
tanpa berlengah mertua mencapai sebotol air mineral lalu membacakan doa... apa yang peliknya sakit yang saya rasa serta merta hilang.. betul betul ajaib.. peluh saya tiba tiba keluar tanpa henti.. apabila saya sampai dirumah dan meminum sedikit air penawar tersebut semakin kuat saya berpeluh n akhirnya tertidur kerana merasa sangat mengantuk (menguap berkali kali mcam orang yang letih sangat)
apabila bangun badan tiba tiba terasa ringan dan sedikit segar, berbeza dengan keadaan sbelum ini.. tiba tiba perut berkeroncong minta diisi sedangkan sebelum ini menelan air pun sangatlah susah!
syukurlah.. itulah titik permulaan saya baik dan hari demi hari saya beransur ansur sihat.. sampailah hari ini...
p.s : dah sihat keluar pula batuk n selsema....

Thursday, December 15, 2011
ombak rindu
selalu sudah ku dengar ost cerita ombak rindu.. muziknya sgt simple tapi meruntun hati.. setakat ini saya belum lagi la pergi tengok filemnya.. ada juga rakan berpesan bawa tisu banyak banyak.. ehhehe
mm sekarang pun memang sedang dilanda ombak rindu.. rindu terhadap anak kesayanganku yang sedang bergembira di kampung..
buat masa ini rutin kerjaku masih sebegini, adakalanya sibuk teramat amat adakalanya teramatlah punya senggangnya.. apapun ku rasa aku masih lagi produktif di pejabat hahaha perasan kan kan kan..
tahun ini espektasi terhadap alam pekerjaan agak begitu begitu sahaja lantaran 10 bulan terkebelakangan masalah tentang kenaikan gaji dan emolumen ku yang tertunggak.. tapi syukur alhamdulillah menjelang hujung disember segalanya sudah selesai..
syukur juga ada usaha dan bantuan rakan rakan yang membuahkan hasil terima kasih semua..
menjelang hujung tahun ini sejenak saya menoleh kebelakang melihat suka duka yang ditinggalkan dan bakal ditinggalkan.. mulai 9hb hari itu secara rasmi kami mulai menduduki rumah sewa baru..
syukur, memang Allah selalu mendengar rintihan hambaNya yang teraniaya.. biarpun kami orang ke 7 yg berminat menyewa rumah tersebut, ternyata rezeki berpihak kepada kami.. syukur sangat kerana mendapat tuan rumah yang bertimbang rasa dan prihatin dan kawasan kejiranan yang selamat dan seronok..
insyaAllah ada rezeki akan memanggil rakan-rakan datang dan menjamu mereka insyaAllah..
doa dan harapanku semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga mudah-mudahan dirumah baharu ini kehidupan kami dipermudahkan dan hubungan suami isteri mendapat redha Ilahi serta kami sekeluarga dibimbing kekal di jalan yang disukaiNya..
doa dan harapan kami semoga tahun demi tahun akan membuatkan ikatan kekeluargaan kami bina ini semakin kukuh dan semoga hati kami semakin didekatkan kepadaNya.. selalu terimpi untuk menunaikan rukun islam ke 5 dan mulai tahun depan insyaAllah jalan ke arah itu nampaknya semakin terang...
mudah-mudahan juga rezeki melimpah di masa akan datang membuatkan aku menjadi seorang yang lebih bersyukur dan dapat mengongsikan kesenangan kepada kedua ibu bapaku.. mudahan mereka dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik sepanjang hidup mereka.. amiiin

Saturday, December 3, 2011
kisah si paus biru
aku heran jugalah si kadal tu kan. helo, lupa ker i masih bayar sewa.. jgn perasan yer.. harta dirumah tu yg ko pakai siang dan malam masih lagi hartaku.. kalau mau tunjuk hebat sangat janganlah pakai.. pakailah harta sendiri.. nda tahu malu punya manusia...
akupun nda tahu species apalah dia ni.. mau kata manusia pun bukan mau kata haiwan pun akal tu tuhan bagi..
tadi kebetulan aku buat kerja area rumah ku so time break aku pun balik la umah untuk cuci kainku yg bertimbun tuuu.. sampai dirumah si 6 gram sama ikan paus ada.. sedang sebok memasak konon.. masuk2 ja aku ish ish muncung terus sambil terjeling jeling.. kalau cantik macam artis nda apa juga ini.. 88 botol eskinol pun nda dpt kasi ilang kadalnya tu.. yukh
kalau mo sakitkan ati orang agak agaklah.. pakai periuk nasi aku, pakai kuali aku, pakai mesin basuh aku, pakai piring aku.. adudu nda sadar diri.. sampaikan kipas dalam bilik pun kipas ku.. jgn sampai ku mengungkit karang terajun sungai tarus malu..
aku hairan dorang ni memang ketaralah ba nda skolah buang masaku saja mau sakit hati, tapi harus dia ingat dunia ini kecil sahaja.. aku nda pernah ganggu kehidupan sesak dan songsang dorang.. tapi apa yg ku dapat ?
cerita dengan orang konon apa, rindukan nurin risaukan nurin.. ptuih.. haram jadah kaulah.. babi pun nda mcm kau oh masih tahu diri lagi..nahkan keluar suda marahku..
tunggu kamu, suatu hari nanti ada masanya kau tu akan terkena.. sampai mati pun aku nda dpt maafkan sikap kamu laki bini.. ingat aku nda halalkan semua penipuan dan fitnah kamu laki bini..
Friday, December 2, 2011
selamat tinggal sahabatku Nas..
sedari pagi seakan menunjukkan tanda-tanda bahawa sahabat tersayang akan pergi meninggalkan semua insan yang menyayanginya.. aku asyik tertekan n. telefon bimbitnya.. setiap kali aku membuka 'contact' mesti tertekan no yang ku set untuk jkr.nas... jantungku berdegup pantas dan dugaanku benar belaka... berita sampai ke telingaku tepat jam 2.38ptg.. agak lambat sedikit dari orang lain...
harap maaf sahabatku, atas aral yang menimpa, aku tidak dapat melawatmu buat kali terakhir, mungkin Allah tidak mahu pertemuan kita yang terakhir kali disulami airmata dan kesedihan kerana sepanjang kita bersama, segala susah senang dan airmata kita imbangi dengan gurau tawa..
banyak kenangan kita walaupun masa kita bersama amatlah singkat.. aku sebenarnya bersyukur kerana mendapat kawan sepertimu.. tidak ramai insan sepertimu nas, seorang sahabat yang paling baik dan prihatin..
setiap orang selalu terkesan dengan sikap ambil beratmu.. kalau ada rakan rakan yang sakit atau ditimpa musibah, dikaulah orang pertama yang bertanya khabar, melawat mahupun menghulurkan bantuan...
banyak peristiwa lucu dan gembira sepanjang bertugas bersama.. cabaran paling besar adalah membuatkan mu tersenyum semenjak dirimu ditimpa musibah penyakit tersebut.. namun ada satu perkara yang ada padamu yang sesungguhnya belum ku temui pada orang lain yang pernah ku temui..
apakah dia ? itulah ketabahan dan keberanianmu.. sehinggakan kau ku gelar wanita besi.. ingatkah lagi kata-kataku ? wahai wanita besi, dirimu bukan sahaja tabah demi untuk dirimu sendiri malah ketabahanmu adalah sumber kekuatan terhadap kami disekelilingmu..
dalam pada dirimu dalam musibah, dikau masih terus berkongsi pengalaman, nasihat dan pandangan ikhlasmu. tidak putus-putus menyenangkan hati rakan dan keluargamu..
dulu kata gurauan mu ingin 'pergi' hari jumaat.. katamu agar tidak mendapat siksa kubur.. Ya Allah, bukti jelas keikhlasan hatimu telah Allah tunaikan.. sesungguhnya kau pergi pada penghulu segala hari..
selamat tinggal sahabat ku Nas.. sudah pasti tempatmu disana adalah yang terbaik.. bukankah janjiNya terhadapmu sangat manis... ujian demi ujian terhadapmu sudah pasti balasannya Firdaus..
selamat tinggal sahabat ku Nas.. jangan kau risau.. dirimu kami kenang sebagaimana kau ingin dikenang.. sebagai wanita terbaik, cantik dan berhati waja.. untuk itu satu sanjungan teragung untukmu..
selamat tinggal sahabat ku Nas.. syukur kerana tamatlah sudah penderitaanmu di dunia ini.. insyaAllah sedikit masa lagi dirimu bersenang lenang menikmati janji-janji Allah..
selamat tinggal sahabatku Nas.. sesungguhnya seribu kerinduan pun tidak mampu membayar walau sedetik memori bersamamu..
dari kejauhan dirimu di sana.. lihatlah kami yang meratapimu, namun sayangku ratapan itu bukan kerana kami tidak sayangkanmu tetapi merasa sangat hiba dan redha kerana Dia sangat mencintaimu..
Saturday, November 26, 2011
fitnah 3 serangkai - ceritera 3
ceritera 3 - kerendahan akal 6gram..
suatu pagi hening saat menikmati awal pagi sempena harijadiku.. tiba-tiba aku terdengar 6 gram bercakap sekuat kuat suara kepda suamiku " ko carikan aku rumah sewa, aku mahu pindah.. mcm tu lah lebih kurang ayatnya.. jadi my hubby jawab- kenapa ? tuan rumah mau ambil balik umah ni ka ? tidak .. jawap 6 gram mengambarkan kebijaksanaannya, aku mo pindah bukan apa aku kesian melihat biniku panat di dapur ??????
kalo korangla kan dengar ayat segini tentulah korang tau perkara itu ditujukan kepada saya.. hey helo si 6 gram... bukan yg bersepah tu ko n friends yang buat ka ? off course la bini ko y yang kena kemas..
as per me n my hubby (because my daugter di kg) kami makan kat luar jer.. tak kanla dah kenyang makan kat luar bila balik aku kena masak lagi.. belum pernah lagi my hubby mengarah arahkan bininya tu memasak.. biasanya if i'm not around dia akan masak sendiri jer..
n si 6gram n bini.. sila sedar sikit yer.. klu korang melepak kat luar tu besepah cawan tak bercuci kulit kuaci betabur.. siapa yg bersihkan.. hade ko ingat.. hohoho... sapa suruh lepas makan tinggal kan di singki.. esok mcm tu juga.. aku sorry yer klu pring mangkuk yg kami pakai smua aku basuh..
hari itu berapa hari my hubby tak mengemas sampah kat dapur.. beribu ulat keluar... hahaha jadi salah siapa.. dah memang pengotor lagi mau kasi salah orang..
kesudahannya kami sekarang ini sdg berusaha mencari umah lain yang sesuai.. nda payahlah clue clue bininya penat di dapur.. dia cuma berpura pura jer depan ko 6 gram.. huhu ko belum tau lagi gaya binimu tu klu ko tiada..
kalau mencuci kain (guna mesin aku plak tu) bukan pandai keluarkan dari mesin asyik tunggu aku keluarkan.. lepas pakai bukan pandai bersihkan sisa sabun.. aku juga yg tenyeh ngan berus gigi..
kalau kami keluar pandai2lah ko ya ..carilah periuk belanga sendiri, dapur gas, periuk nasi, mesin basuh.. nah.. adios.. 6 gram = ikan paus biru memang sepadan...
fitnah 3 serangkai - ceritera 2
ceritera 2 - 6 gram menganas lagi..
sambung balik part 2.. alkisahnya satu petang nan damai ketika saya sedang 'memanjakan diri' berkursus n beraircond.. my hubby call n tanya betulkah kononnya sayang ada cakap saudara kesayangannyaa si 6 gram yg memberikan pengaruh tidak baik kepada my hubby termasuk membawa berpoya-poya ke sana kemari dsb..
apalagi laaaa kali ini... time ni my hubby pun memang langsung tidak percaya kerana dia tahu sikap bininya ni tidak begini.. kalaupun my hubby kaki berpoya bukanlah kerana 'pengaruh' 6 gram.. ish ish ish.. mula lah keluar perangainya mcm kerbau mengamuk temarah marah nda tentu pasal.. akhirnya tanpa ungkapan maaf baru mengaku salah faham.. yenede la dei.. poodah! nampak sangat memperlihatkan sikap suka memecah belah n bergaduh..
manusia mcm ni ku harap dapat diberi kursus khas di PLKN tentang belajar menghormati orang lain.. bak kata my hubby jgn asyik ingat dia punya hangin sja.. aku punya hangin dia nda ingat.. sedangkan dia sendiri tahu mcmmana my hubby kalau dah meradang.. luckily.. my hubby masih dapat bersabarrr lagi
aikh.. tapi syukurlah kan aku masih dapat bertahan n bersabar lagi.. kerana bagi yang mengenali aku punyai sikap toleransi yg amaaaaaat baik tapi sekali aku mengamuk.... tuhan saja yang tahu ke Maha Dasyaatannya
thats whylah kemana si 6 gram pergi tidak berhenti daripada mencetus pergaduhan sesama keluarga dan hampir semua ahli keluarga dekat sangat kurang senang dengan sikapnya...
fitnah 3 serangkai - ceritera 1
ceritera 1 : ibu segala fitnah...
sesungguhnya dugaan meruntun hati datang bertalu-talu kepada saya seolah-olah sayalah magnet segala kesedihan.. kisahnya bermula begini..sebenarnya panjang intro tapi di short form kan..
suatu hari rakan serumah kami tiba tiba naik hantu mengamuk dengan alasan rakan sekerja saya yang datang sebelum itu telah melanggar tanaman sayur yang disusun ditepi garaj kami.. "siapa yang melanggar terung ku ni.." lebih kurang mcm tu lah ayatnya kalau ku 'temadunkan sikit.. yelah mana boleh mencarut kan dalam blog hhehe..
"kenapa dah langgar nda susun balik.. mentang mentang gaji 10,000 jadi kami yang begaji 600 ni bukan orang lah" lebih kurang mcm tu la intipati ayatnya.. jadi saya pun terkedu.. aiks.. napa kecoh kecoh ni....
sebenarnya memang betul kwn saya ada melanggar siiiiiikit pasu tu tapi takdaklah sampai beterabur ka apa ka.. sihat walafiat saja pun tanaman tu.. lagipun malam tu hujan lebat menyebabkan saya tidak sempat menyusun semula elok-elok tanah tu.. (padahal sikit jer nda sampai segenggam pun teunggarnya)
heranla juga saya kan kenapala pasal telanggar sikit tu keluar la pasal gaji 10k ngan gaji 6 gram .. lagipun gaji saya nda la sampai 10 k n dia begaji 6gram hado ada ku khesah cik jah.. dah gaji ko kecik aku yg ko mo hanginkan kan tu kanapa la woooi ... (sori teremosi skiiit) sambung balik
al kisahnya lakikupun heran..dan cubala merisik risik apa yg diamuk oleh saudara tercintanya.. jeng jeng jeng.. disuatu petang nan syahdu.. semasa saya lunyai balik kerja letih seharian di site bejemur (muzik latar lagu patah hati) tetiba hubby ajak dating tepi laut (dah memang rumah pun tepi laut)..
hubby pun keluarkanlah semua cerita kononnya kenapa saudara tercintanya mengamuk sakan macam kerbau sakit gigi lepas bercakap terludah ludah terkahak kahak.. no manner la wei.. al kisahnya saya kononnya telah menarik muka masam tidak bertegur sapa dengan semua rakan taulan si 6 gram tadi semasa ketiadaan suami..
setelah bercerita heart to heart.. hubby tanya ikhlas benarkah noey ada buat macam tu.. jatuhlah airmataku.. sebab sesungguhnya tidak pernah pula saya memasamkan muka secara sengaja.. even tukang pungut hutang pun saya berikan senyum... eheheh
kemudian saya pun tanya hubby dah berapa lama kita kawin ? hubby kata lama juga.. jadi pernahkan sebelum ni orang complain ? tak pernah.. jadi noey pun jawab dah muka aku mcm ni susah juga main tarik senyum 24 jam ala ala senyuman patung mc donald.. sngtlah plastiknya
sesungguhnya dengan perwatakan ku sbegini kalau ku senyum tidak berhenti pasti bos ku pun suruh aku ambil cuti pergi berubat hahaha
Setelah hampir setengah baldi menangis hubbyku pun berkata.. sabarlah sayang.. kita ni ibarat menumpang sahaja di rumah tu.. biarlah apa tuduhan janganlah dibalas atau dibidas balik.. bersabar sajalah kerana kita ni bersaudara jgnlah kita bemasam muka kerana hal hal begini..
kataku pada abang, aku tidak redha atas fitnah mereka terhadapku aku tidak halalkan..dengan izinNyaa setelah beberapa minggu berlalu.. kebenaran dengan sendirinya terbongkar...
rupa-rupanya tuduhan kononnya saya sombong berakar ketika kereta saya hendak keluar dari simpang, dan kereta yg dinaiki isteri si 6gram tadi pun memasuki simpang, beliau membunyikan hon dan kononnya sya tidak mengendahkan 'sapaan' tu..
hamboi.. che' kak.. malam tu hujan lebat.. aku kan rabun malam rabun cahaya n segala jenis rabun.. mana lagi sedar ada hon di sana dan sini yang ku tahu keluar simpang tanpa melanggar orang atau termati enjin haha..
pastu dah sampai ke rumah.. ramai pula kaum kerabat sahabat handai si 6gram tadi mostly lelakila.. jadi ndakan saya terhegeh2 tersengih sana lalu duduk join dorang? .. my hubby pun tiada mlm tu tengah sibuk mengorat tampat orang kawin (heheh saja ayat power jauh palis) tentulah saya dengan berhemahnya masuk ke rumah lalu menyediakan susu utk anak dsb n kami pun masuk tiduuur..
tup tup keluarlah kisahnya sedemikian... inilah dorang ni kan.. sadangkan orang membunuhpun kana bicara lagi baru lah tuduhan dan hukuman di jatuhkan... ni saya... dituduh dan dijatuhkan hukum malah ditengking lagi.. hai hai hai..
kadang kala terfikir.. si 6 gram ni fikir dia ni malaikat ka haper.. atau mungkin memang jenis dia ni low class ???? minda iq 0.005 ????
malam yang sepi pi pi
salam semua..
memang betul la kata orang masa sungguh berlari jauh meninggalkan kita.. tanpa ku sedar sudah december dan semalam adalah hari lahirku yang ke... walaupun jam berdetik tik tik tik menandakan usia semakin meningkat aku berdoa kepadaNya agar diberikan kesihatan, kebahagian dan kematangan pemikiran dan keimanan secara seiring dan seimbang..
tiada yang menarik untuk dikongsikan... sebenarnya lama tidak mengupdate blog kerana terpaksa mencuri 1/2 jam setiap hari untuk menjawab email email 'dear noey' yang mencurah curah masuk.. kehhehehe syukurlah kan ada juga rakan rakan yang menghargai pandangan bukan pakar ku.. apa pun rakan ku sekalian.. nasihatku itu bukanlah jawapan kepada persoalan kamu semua.. jadi berpada pada lah dalam mengambil iktibar di dalamnya..
ada sedikit perkara jua ingin ku kongsikan iaitu sikap.. beberapa waktu kebelakangan ini aku sering difitnah sehingga benar-benar menguji ketabahan dan kesabaranku.. fitnah yang pertama berlaku semasa bulan syawal.. sekejap lagi ku kongsikan dalam tulisanku bertajuk fitnah tiga serangkai..
jdi sama-sama lah baca yaaaa
Wednesday, September 21, 2011
17 september yang menyedihkan
tanggal keramat itu air mata saya jatuh lagi kerana telah difitnah dengan sebegitu dasyat sekali.. walau hakikatnya kepedihan itu tiada siapa yang tahu kerana saya sembunyikan dengan kegembiraan dengan kawan kawan tapi hakikatnya hati saya terluka teramat amat..
kalau ikutkan hati mahu juga saya terus menimbal balas kata kata pedas dan tuduhan melampau itu.. tapi mengenangkan saya hanya menumpang sahaja.. saya terpaksa telan kata-kata itu umpama menelan duri duri yang tajam..
namun, saya tidak izinkan dan halalkan airmata saya yang mengalir kerana fitnah itu sesungguhnya saya menunggu hari kamu menerima pembalasan Allah..

Thursday, September 8, 2011
hati yang luka
bagaimanakah perasaan anda sekiranya hati anda berulang kali dilukai oleh seseorang yang dianggap saudara sendiri.. yang dijaga dan dianggap sebagai adik kandung.. mungkinkah belum terbayang kerana anda belum mengalaminya..
sebenarnya halusnya isihati saya sebagai seorang kakak terhadap adik adik meskipun ada yang bukan darah daging sendiri tapi di terima dan dilayan tanpa beza. semenjak adik adik masih lagi remaja dan kecil mereka tidak sedar bahawa kakaknya ini tidak jemu berkorban untuk mereka. saya tidak pernah berkeluh kesah akan kesusahan hidup kami.. tapi pada masa yang sama berusaha untuk menyenangkan sedikit kehidupan..
masa saya mulai bekerja saya sentiasa cuba memberikan terbaik buat adik adik yang ada.. kini masing masing sudah dewasa. ada yang sudah berumah tangga dan ada yang masih dalam perjalanan ke sana..
namun kadang kadang kelopak hati ini mudah gugur apabila dihujani kata-kata beracun. saya tidak tahu.. benar benar tidak tahu mana punca dan silap saya yang menyebabkan dia suka menyakiti hati ini..
tergamak dia menjeritkan kata-kata seperti patutlah saya dicerai kerana saya mandul.. waktu itu saya tahan air mata dari gugur didepan mama dan hanya saya titiskan sewaktu dalam bilik. bimbang mama melihat kesan airmata saya dan mama akan menyimpan kesedihan sama terhadap kata-kata beracun tersebut.. bayangkan apa pula perasaan suami yang baru mendengar kata-katanya.
sejak dari itu suami saya tersinggung dengan kata-katanya. malah selalu menegur bila dia menengking mama, memaki hamun mama. malah suami saya tidak lagi mahu makan masakannya, bukan kerana dia pengotor, tetapi kerana sikap kurang ajarnya terhadap mama. walaupun sebenarnya kadang kala dia makan juga masakannya tetapi selalunya suami saya sanggup memasak sendiri daripada memakan masakannya.
dari hari kehari pelbagai kesakitan yang di timbulkan semuanya dari kata-kata dan perbuatannya. sikapnya yang memberontak dan mendesak mama meletakkan mama ditempat yang sungguh serba salah. seingat saya, sebagaimana hebat pergaduhan saya bersama bapa, belum pernah menitis darah dari tubuh bapa kerana saya.. tapi dia sudah melakukannya entah beberapa kali.. kali terakhir bila kaki bapa luka dalam dan sayalah yang mengubati kaki bapa selama beberapa hari.. gugur airmata ini bila melihat kaki bapa jadi begitu.. namun sembunyikan sahaja dengan gurau senda dan usikan terhadap mama dan bapa.
bukan senang untuk tidak bertindakbalas terhadap sikap kasarnya.. selama ini saya hanya bertahan bila dia mencaci dan menghina saya..
paling terkini semasa penghujung ramadhan sekali lagi dia menghina saya dan keluarga saya.. siapa yang dapat bertahan ? sangat hancur hati saya bila dia memuji muji bekas suami yang kononnya jauh lebih baik dari suami saya sekarang.. kalau anda berada ditempat saya.. apakah perasaan anda..
dia tidak tahu bekas suami yang dipuji2 adalah punca segala masalah dalam hidup saya biarpun sehingga sekarang. dia tidak tahu akibat kekecewaan terhadap kecurangan dan pendustaan bekas suami membuatkan saya terpaksa memulakan hidup baru dari 0. dia tidak tahu pemergian suami mengahwini wanita lain membawa bersama semua wang dan meninggalkan semua hutang yang terpaksa saya tanggung sendirian.. dan masih dia memuji orang itu ???
syukur saya telah bertemu jodoh di saat hidup terumbang ambing. tahukah dia kenapa saya berkawin semula ? kerana saya tidak mahu mama terus menerima tempias kerana ada janda dalam rumah kami.. memelihara keluarga dari sebarang fitnah dan mengelak dari diburu oleh lelaki lelaki sudah beristeri yang tidak jemu mengajak berkawin dengan mereka..
walaupun hakikatnya suami saya sekarang tidaklah kaya tidaklah berbudi bahasa sangat, sekurang-kurangnya dia menyayangi saya, boleh bergurau dengan saya dan yang paling penting melayan anak saya seperti seorang puteri..
boleh pula dia cuba mengapi-apikan saya dengan mengatakan adik kandung saya tidak menyukai suami saya dan hanya kesian kepada anak saya.. tapi bagi saya kata kata tersebut hanya hembusan angin lalu..
saya tidak boleh memaksa orang menyukai keluarga saya.. saya redha. masalah dalam rumahtangga saya biarlah saya sahaja yang uruskan..
sehingga hari ini hati ini masih lagi berdasar lantaran kata-kata itu dan tidak tahu berapa tahun lagi barulah luka ini akan sembuh

Friday, August 26, 2011
kata hati ini
menjelang penghujung ramadhan dan dalam perasaan yang seronok ingin menyambut raya, sekali lagi ketenangan ku di kocak oleh sikap seseorang dalam keluarga yang agak keterlaluan.. sekaligus merengut sama sekali kebahagian ku untuk menyambut syawal kali ini
selama ini dia telah selalu menyakitkan hati ku, mama dan bapa.. walaupun luka penghinaannya terhadapku belum lagi sembuh, kali ini dia melakukannya lagi dengan jayanya..
aku ingin bertanya sebenarnya kenapa dia harus mengeluarkan tutur kata yang sungguh lancang dan menyakitkan hatiku dan sewenang-wenangnya meminta maaf selepas itu..
setelah puas dia mencerca dan menghina aku sekeluarga kemudian senang senang dia meminta maaf ? tidak kah dia terfikir akan kata-katanya.. kalau aku tidak mengenangkan mama dan bapa dan adik kandungku sudah lama aku haramkan kakiku menjejak rumah ini seandainya ia masih lagi disini..
mungkinkah sebenarnya hatiku terlalu lembut.. kerana aku kesian melihat anak anaknya kerna dia telah ku anggap sebagai darah dagingku kerana dia ku anggap saudara ku.. tapi aku hairan kenapa setiap kali kemarahannya datang aku dan keluargaku yang dijadikan sasaran..
aku hampir hampir meninggalkan rumah ini tapi melihat airmata mama membuatkan aku bersabar lagi barang seketika.. nasib baik suamiku tiada dirumah mendengar penghinaan kata-katanya, kalau tidak sungguh dia berjauh hati dan sudah pasti kami tidak akan balik ke mari lagi..
aku juga hampir bertekad untuk tidak kembali ke sini.. tapi aku berfikir, aku anak mama, aku anak bapa.. rumah ini rumah ku, bukan aku yang harus keluar melainkan dia..

Thursday, August 18, 2011
syawal kali ini
syawal kali ini ku rasakan amat berlainan sekali berbanding tahun tahun sudah.. entah kenapa barangkali dengan pertambahannya umur kemeriahan syawal lebih merupakan komitment kewangan berbanding dengan perayaan yang ditunggu tunggu.
aku bersyukur masih dipinjamkan umur olehNya bagi merebut intipati ramadhan.. baru tadi mendengar ceramah ramadhan tidak tahu kenapa dalam ketawa air mata ini mudah menitis mendengar penyampaian ustaz yang bersahaja.. mungkinkah hati ini sebenarnya selembut jeli..??
aku juga tidak mahu menjadi hambaNya yang tidak bersyukur.. aku bersyukur atas segala kurniaannya yang ku terima sedari dulu hingga kini.. tapi tidak kah aku boleh mengeluh ? keluhan ku terhadap kesusahan hidup yang kebelakangan ini semakin menghentam aku dalam diam diam.
aku sabar dan redha dalam apa jua rencanaNya terhadapku.. namun jauh disudut hatiku meminta agar janganlah aku diuji dengan ujian yang berat berat.. bimbang aku tidak mampu menghadapinya dan menjadikan aku seorang yang berputus asa..
apabila ku tarik nafas dalam-dalam aku terbayangkan ibu dan ayah yang menanti sepenuh harapan terhadapku dan sampai bilakah pula harapan itu tinggal harapan..
aku sedang menanti peluang untuk membahagiakan kesemua ahli keluargaku.. walaupun selama ini aku yakin aku tidak gagal melakukannya tetapi muncul sekelumit rasa sedih kerana masih belum dapat menjaminkan kesenangan untuk mereka semua..

Subscribe to:
Posts (Atom)