biar aku kongsikan sedikit cerita ini.. cuma secebis dari yang banyak..dan itulah peristiwa yang membuatkan aku bangkit dan meminta jalan perpisahan
hari itu merupakan hari yang sangat sibuk bagi aku. ada sedikit kerja yang perlu tandatangan pengarah dan aku menyiapkannya sejak dari pagi hingga ke lewat petang kerana pengarah akan berada diluar pejabat mulai dari keesokannya.
aku lega bila kerjaku selesai dan sedang berkemas kemas untuk pulang. tiba-tiba telefonku berbunyi dan pangilan dari dia. setelah 3 hari tidak pulang ke rumah..tanpa telefon atau sms bertanyakan khabar kami atau memaklumkan di mana dia berada tiba tiba pada petang itu dalam jam 6.10 minit dia menelefonku. seperti biasa aku menjawab..
Dia : dimana ko ni
Aku : diofis
dia : lambat juga ko balik pukul berapa sudah ni. hah..aku dirumah si lalai ni hantarkan aku duit rm300.
aku terkejut dengan permintaannya.
Aku : aku mana ada duit banyak tu..untuk apa
Dia : jangan lagi kau banyak tanya. aku mahu pakai duit. kenapa nda boleh kah. oo kalau kau boleh pula ko berbelanja beribu-ribu..kalau aku nda boleh..
dia menjerit di telefon sambil memaki aku @@#$$%%^
Aku : aku berbelanja pun utk keluarga dan menggunakan duitku sendiri..aku tidak mahu bagi
Dia : perempuan &**%^^ aku tau kau curang sana ada boy friend.. balik ko ke rumah kau taulah nasibmu kalau kau nda bagi duit.
Aku : aku tetap tidak mahu bagi
Dia : memang dasar keturunan sundal dasar keturunan anjing..$%^&& kalau ko tidak bagi ku bakar rumah tu.
kerna tidak tahan dengan maki hamun dia..aku yang masa tu mmg sudah stress dan penat juga turut naik angin.
Aku : aku tidak mahu..CERAIKAN aku..aku tidak tahan sudah dengan kau..ceraikan aku..
demikianlah permulaannya..malam itu aku takut untuk balik ke rumah dan aku menumpang tidur di hotel kebetulan adik kandungku sedang outstation dilabuan..
sebenarnya kejadian maki hamun, sumpah menyumpah ini sudah menjadi tabiatnya sejak kami mulai berkahwin..setiap kali mabuk dan bersuka suka di luar rumah..bila sahaja dia balik..yang menjadi mangsa kemarahan adalah aku. aku pun tidak tahu kenapa dia bersikap demikian.
aku pernah bertanya pada dia kenapa dia suka memaki hamun dan memarahi aku sebaik sahaja dia balik ? dia menjawap dia sendiri pun tidak tahu..cuba bayangkan kehidupan ku selama 9 tahun menahan hati..bukankah akhirnya pertahananku roboh juga..
aduhai..akan bersambung..
No comments:
Post a Comment