sedari pagi seakan menunjukkan tanda-tanda bahawa sahabat tersayang akan pergi meninggalkan semua insan yang menyayanginya.. aku asyik tertekan n. telefon bimbitnya.. setiap kali aku membuka 'contact' mesti tertekan no yang ku set untuk jkr.nas... jantungku berdegup pantas dan dugaanku benar belaka... berita sampai ke telingaku tepat jam 2.38ptg.. agak lambat sedikit dari orang lain...
harap maaf sahabatku, atas aral yang menimpa, aku tidak dapat melawatmu buat kali terakhir, mungkin Allah tidak mahu pertemuan kita yang terakhir kali disulami airmata dan kesedihan kerana sepanjang kita bersama, segala susah senang dan airmata kita imbangi dengan gurau tawa..
banyak kenangan kita walaupun masa kita bersama amatlah singkat.. aku sebenarnya bersyukur kerana mendapat kawan sepertimu.. tidak ramai insan sepertimu nas, seorang sahabat yang paling baik dan prihatin..
setiap orang selalu terkesan dengan sikap ambil beratmu.. kalau ada rakan rakan yang sakit atau ditimpa musibah, dikaulah orang pertama yang bertanya khabar, melawat mahupun menghulurkan bantuan...
banyak peristiwa lucu dan gembira sepanjang bertugas bersama.. cabaran paling besar adalah membuatkan mu tersenyum semenjak dirimu ditimpa musibah penyakit tersebut.. namun ada satu perkara yang ada padamu yang sesungguhnya belum ku temui pada orang lain yang pernah ku temui..
apakah dia ? itulah ketabahan dan keberanianmu.. sehinggakan kau ku gelar wanita besi.. ingatkah lagi kata-kataku ? wahai wanita besi, dirimu bukan sahaja tabah demi untuk dirimu sendiri malah ketabahanmu adalah sumber kekuatan terhadap kami disekelilingmu..
dalam pada dirimu dalam musibah, dikau masih terus berkongsi pengalaman, nasihat dan pandangan ikhlasmu. tidak putus-putus menyenangkan hati rakan dan keluargamu..
dulu kata gurauan mu ingin 'pergi' hari jumaat.. katamu agar tidak mendapat siksa kubur.. Ya Allah, bukti jelas keikhlasan hatimu telah Allah tunaikan.. sesungguhnya kau pergi pada penghulu segala hari..
selamat tinggal sahabat ku Nas.. sudah pasti tempatmu disana adalah yang terbaik.. bukankah janjiNya terhadapmu sangat manis... ujian demi ujian terhadapmu sudah pasti balasannya Firdaus..
selamat tinggal sahabat ku Nas.. jangan kau risau.. dirimu kami kenang sebagaimana kau ingin dikenang.. sebagai wanita terbaik, cantik dan berhati waja.. untuk itu satu sanjungan teragung untukmu..
selamat tinggal sahabat ku Nas.. syukur kerana tamatlah sudah penderitaanmu di dunia ini.. insyaAllah sedikit masa lagi dirimu bersenang lenang menikmati janji-janji Allah..
selamat tinggal sahabatku Nas.. sesungguhnya seribu kerinduan pun tidak mampu membayar walau sedetik memori bersamamu..
dari kejauhan dirimu di sana.. lihatlah kami yang meratapimu, namun sayangku ratapan itu bukan kerana kami tidak sayangkanmu tetapi merasa sangat hiba dan redha kerana Dia sangat mencintaimu..
Al-fatihah
ReplyDelete