Wednesday, August 29, 2012

segalanya sudah berakhir..part 1

segalanya sudah berakhir.. ia bermula pada 29 Ogos 2003 dan berakhir pada 19 Ogos 2012 setelah 9 tahun dihempas badai dan gelombang..mencuba untuk melakar kenangan indah dan akhirnya kecundang lagi.. kali ini kecundang ini agak berbeza kerana ianya berlaku atas permintaan ku sendiri..

bukan senang mengharung hidup bersama dia..tapi aku juga tidak nafikan pernah bahagia.. sebenarnya apa yang terjadi sememangya ketentuan dariNya sebagaimana tersurat dalam Loh Mahfuz.

apa yang ingin aku kongsikan adalah kenapa aku akhirnya meminta jalan perpisahan.  sekian lama aku hanya bertahan bertahan dan bertahan..bersabar bersabar dan bersabar..namun sampai bila harus aku pertahankan kalau tiada perubahan yang berlaku.

dalam kehidupan rumahtangga kami aku merasakan hanya aku sahaja yang berkayuh untuk menyampaikannya ke destinasi.  sekiranya kapal kami berlubang aku menampalnya supaya tidak karam.  namun sebaliknya tindak tanduknya hanya menambahkan lagi keuzuran bahtera kami itu.

aku sudah lali bila dia menuduh ku mempunyai orang ketiga kerna meminta perpisahan.  sesekali tak akan dia mengaku bahawa semua yang terjadi adalah anyaman indah hasil perbuatan dan sikapnya.  malah seluruh marga keluarganya telah dijaja cerita tentang kecurangan ku.

bagi ku terpulanglah kepada dia.  kau boleh cipta semua cerita.  kau boleh jaja semua perkara tentang kecuranganku.  tapi jauh disudut hatimu aku yakin kau tahu kenapa ini semua terjadi..bukankah aku sering kali berkata..selagi aku masih menyintaimu menyayangimu tolong lah hargai aku.  tolonglah jaga perasaanku.  jangan biarkan aku menangis.  jangan sakiti hatiku.. saban waktu tahun demi tahun itulah rayuanku kepadamu.

aku sudah terangkan kepadamu.  aku ini amat pemaaf orangnya kerana kau ku sayangi.  tapi yang kupinta cuma penghargaan..itu sahaja.  tapi 9 tahun berlalu... sedikitpun kau tidak mengambil endah perkara itu.  kau terus terusan melakukannya..

melukaiku..menyakitiku..aku juga sudah tegaskan kepadamu..sekali aku sudah mengambil keputusan, aku tidak akan berpaling lagi walaupun nyawaku sebagai galang gantinya.. aku rasa peluang 9 tahun sudah terlalu panjang aku berikan.

kini aku merasa lega...kadang kadang terdetik rasa kasihan terhadap mu..tapi bagaimana aku memikirkan untuk kembali sedangkan kau lampiaskan kemarahanmu sehingga ke tahap ugutan ingin membunuhku ?  kalaulah aku ini tidak bersimpati denganmu lama sudah aku membuat laporan polis atas perbuatanmu..

adakah kau lupa kau mengugut aku dengan skru driver..atau pisau..walaupun kau kata kau tidak akan sampai hati untuk mengunakannya terhadapku..tapi adakah kau pasti..aku sudah katakan padamu..kalau kau rasa dengan membunuhku membuat kau senang dan tenang..dipersilakan..tidak mengapa aku mati ditanganmu.. sudah ku ungkap kata itu..

maka haruslah dirimu mengerti dan cubalah renungkan..

No comments:

Post a Comment