aku tergerak untuk menulis lagi sambungannya hari ini..segalanya ini merupakan luahanku sahaja semata mata. bukan untuk mencari kesalahan ataupun apa tapi sekadar sebuah luahan hati.
aku tidak mengerti akan sikap lelaki ini. semasa aku masih sah menjadi miliknya sedikitpun dia tidak ingin mengambil endah apa yang kulakukan. apatah lagi memerhatikan segala sikap dan perbuatan malah tidak pernah mempertikaikan dengan siapa ku berkawan.
tapi kenapa bila sudah jalan terpisahan terbentang dan aku sedang melaluinya..mendadak cemburunya meningkat. kecurigaannya bertimpa timpa.. hairan bukan..
dia menuduh perpisahan kami ada kena mengena dengan orang ketiga..ada kena mengena dengan perbuatan sihir seseorang..hakikatnya dia tahu mengapa. dia mengatakan perubahanku mendadak hingga sanggup meminta perpisahan.. sebenarnya aku malas mahu bertengkar kerana akhirnya hatiku juga yang menangis.
aku ingat lagi tentang sikapnya yang tidak pernah menghargai aku sepanjang perkahwinan kami. aku ini hanya merupakan lambang sahaja dalam rumahtangga. dia juga suda terbiasa ada segala-galanya ku sediakan..
sekiranya dia ingin berbuat sesuatu yang nyata tidak ku sukai, tak akan pernah dia mempertimbangkan perasaan ku, dia memperlakukan aku sesuka hatinya.
aku sudah selalu mengingatkannya..tolong hargai aku selagi aku masih sayangkan kau. tolong hargai perasaanku kerana sekiranya aku sudah tidak sayang..sukar untuk aku bertahan dan menerima semua perbuatanmu terhadapku.
arak dan judi serta kecenderungan mengunjungi pusat hiburan.. inilah yang tidak pernah dapat ditinggalkannya. bayangkan apa perasaan mu sebagai isteri bila suami mu tidak balik berhari hari ke rumah kerana sibuk mencari hiburan diluar.. dan bayangkan perasaanmu bila dia balik maki hamun dan sumpah seranah yang disemburkan..
tidak sekali dia pernah mengungkapkan maaf atas semua perbuatannya. setiap kali menerima duit, setiap kali itu juga dia tidak akan pulang kerumah..bukan sekali dua malah berkali kali..
No comments:
Post a Comment