Thursday, August 18, 2011

syawal kali ini

syawal kali ini ku rasakan amat berlainan sekali berbanding tahun tahun sudah.. entah kenapa barangkali dengan pertambahannya umur kemeriahan syawal lebih merupakan komitment kewangan berbanding dengan perayaan yang ditunggu tunggu.

aku bersyukur masih dipinjamkan umur olehNya bagi merebut intipati ramadhan.. baru tadi mendengar ceramah ramadhan tidak tahu kenapa dalam ketawa air mata ini mudah menitis mendengar penyampaian ustaz yang bersahaja.. mungkinkah hati ini sebenarnya selembut jeli..??

aku juga tidak mahu menjadi hambaNya yang tidak bersyukur.. aku bersyukur atas segala kurniaannya yang ku terima sedari dulu hingga kini.. tapi tidak kah aku boleh mengeluh ? keluhan ku terhadap kesusahan hidup yang kebelakangan ini semakin menghentam aku dalam diam diam.

aku sabar dan redha dalam apa jua rencanaNya terhadapku.. namun jauh disudut hatiku meminta agar janganlah aku diuji dengan ujian yang berat berat.. bimbang aku tidak mampu menghadapinya dan menjadikan aku seorang yang berputus asa..

apabila ku tarik nafas dalam-dalam aku terbayangkan ibu dan ayah yang menanti sepenuh harapan terhadapku dan sampai bilakah pula harapan itu tinggal harapan..

aku sedang menanti peluang untuk membahagiakan kesemua ahli keluargaku.. walaupun selama ini aku yakin aku tidak gagal melakukannya tetapi muncul sekelumit rasa sedih kerana masih belum dapat menjaminkan kesenangan untuk mereka semua..


No comments:

Post a Comment