salam semua..
memang betul la kata orang masa sungguh berlari jauh meninggalkan kita.. tanpa ku sedar sudah december dan semalam adalah hari lahirku yang ke... walaupun jam berdetik tik tik tik menandakan usia semakin meningkat aku berdoa kepadaNya agar diberikan kesihatan, kebahagian dan kematangan pemikiran dan keimanan secara seiring dan seimbang..
tiada yang menarik untuk dikongsikan... sebenarnya lama tidak mengupdate blog kerana terpaksa mencuri 1/2 jam setiap hari untuk menjawab email email 'dear noey' yang mencurah curah masuk.. kehhehehe syukurlah kan ada juga rakan rakan yang menghargai pandangan bukan pakar ku.. apa pun rakan ku sekalian.. nasihatku itu bukanlah jawapan kepada persoalan kamu semua.. jadi berpada pada lah dalam mengambil iktibar di dalamnya..
ada sedikit perkara jua ingin ku kongsikan iaitu sikap.. beberapa waktu kebelakangan ini aku sering difitnah sehingga benar-benar menguji ketabahan dan kesabaranku.. fitnah yang pertama berlaku semasa bulan syawal.. sekejap lagi ku kongsikan dalam tulisanku bertajuk fitnah tiga serangkai..
jdi sama-sama lah baca yaaaa
No comments:
Post a Comment