mac sekali lagi datang seperti selalu.. sebenarnya aku hampir terlupa tentang ulang tahun pemergian mu.. tapi tanpa dipinta namamu melintas difikiran dan rupanya ulang tahun ke 17 pemergianmu..
beberapa hari dahulu aku sedang bersedih amat.. malam ku terganggu dengan tangisan.. ada perkara yang menyentuh hati.. dan kesedihan itu bukan dibuat-buat..
tiba tiba malam berikutnya aku bermimpi kau datang zim. berbeza dalam mimpiku sebelum ini nyata raut wajahmu sudah berubah. pipimu sedikit tembam dan ku rasa kau semakin tinggi..
dalam mimpiku kau mengajak aku duduk disebuah kerusi taman.. di atas sebuah bukit yang indah dan berangin. yang lucunya dalam mimpiku itu aku tahu aku sedang bermimpi.. hebatkan..
aku hairan lalu bertanya tentang keadaanmu. seperti biasa senyum manis dan lesung pipit kau pamerkan.. aku beginilah..jawapmu..jangan kau risaukan.. aku cuma tersenyum mendengar jawapan mu zim..
maafkan aku kerana membuatkan kau selalu teringatkan ku..kata zim. mana ada kau salah zim, masalahnya aku yang tidak dapat melupakanmu.. tidak sekali kali aku dapat.
kau raih tanganku dan kau mulai berkata. noey, janganlah kau menangis selalu. kau tau setiap kali airmatamu keluar aku menjadi tidak tenang dan ingin kembali padamu. aku sebenarnya terkejut dengan kata-katamu tu zim.. macam wayang korea pula.. terlebih romantik..
aku mahu membuka mulut utk berkata tapi kau mengeleng.. aku tau itu isyarat menyuruh aku diam, memang itu cara mu sejak dari dahulu.
noey aku mahu kau ketawa macam dulu. macam waktu kita bersama dulu. ketawamu itu yang memikat aku buat kali pertama.. setahu aku kau wanita yang kuat dan jangan berfikir bukan-bukan..
dan kau harus tahu belum masanya lagi untuk kita berjumpa. aku tahu kau kebelakangan ini asyik terfikir tentang alam ku.. aku cuma terkesima mendengar suara zim.. inotnasi suaranya yang aku rindu rindukan.. 17 tahun belum lagi berjaya memadamkan mu dari hatiku.. aku noey si wanita yang begitu banyak untuk diperkatakan buat pertama kali hilang arah dan kata-kata..
aku terus menangis dan menangis dan zim biarkan saja airmataku mengalir.. lepas ni kau hendak kemana zim.. soalku bila melihat zim berdiri.. noey tempat ku sudah tentu dan jangan kau risau.. jaga dirimu baik baik dan terima kasih kerana tidak pernah melupakan aku.. kau tau saat ahli keluargaku mulai terlupa tentang aku mungkin kerana kesibukan urusan sendiri, masih ada kau yang mengirimkan wangian untuk aku disini.. terima kasih..
bila aku tersedar waktu subuh menjelang.. dan sisa airmata masih dipipiku..
aku masih memikirkan tentang mimpiku.. apakah aku terbawa-bawa dengan angan atau wayang sehingga aku termimpi zim begitu.. tapi aku sempat melihat mata zim bergenang waktu dia berpesan untuk aku menjaga diri..
kemudian ku sedekahkan fatihah untuknya
No comments:
Post a Comment