selalu sudah ku dengar ost cerita ombak rindu.. muziknya sgt simple tapi meruntun hati.. setakat ini saya belum lagi la pergi tengok filemnya.. ada juga rakan berpesan bawa tisu banyak banyak.. ehhehe
mm sekarang pun memang sedang dilanda ombak rindu.. rindu terhadap anak kesayanganku yang sedang bergembira di kampung..
buat masa ini rutin kerjaku masih sebegini, adakalanya sibuk teramat amat adakalanya teramatlah punya senggangnya.. apapun ku rasa aku masih lagi produktif di pejabat hahaha perasan kan kan kan..
tahun ini espektasi terhadap alam pekerjaan agak begitu begitu sahaja lantaran 10 bulan terkebelakangan masalah tentang kenaikan gaji dan emolumen ku yang tertunggak.. tapi syukur alhamdulillah menjelang hujung disember segalanya sudah selesai..
syukur juga ada usaha dan bantuan rakan rakan yang membuahkan hasil terima kasih semua..
menjelang hujung tahun ini sejenak saya menoleh kebelakang melihat suka duka yang ditinggalkan dan bakal ditinggalkan.. mulai 9hb hari itu secara rasmi kami mulai menduduki rumah sewa baru..
syukur, memang Allah selalu mendengar rintihan hambaNya yang teraniaya.. biarpun kami orang ke 7 yg berminat menyewa rumah tersebut, ternyata rezeki berpihak kepada kami.. syukur sangat kerana mendapat tuan rumah yang bertimbang rasa dan prihatin dan kawasan kejiranan yang selamat dan seronok..
insyaAllah ada rezeki akan memanggil rakan-rakan datang dan menjamu mereka insyaAllah..
doa dan harapanku semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga mudah-mudahan dirumah baharu ini kehidupan kami dipermudahkan dan hubungan suami isteri mendapat redha Ilahi serta kami sekeluarga dibimbing kekal di jalan yang disukaiNya..
doa dan harapan kami semoga tahun demi tahun akan membuatkan ikatan kekeluargaan kami bina ini semakin kukuh dan semoga hati kami semakin didekatkan kepadaNya.. selalu terimpi untuk menunaikan rukun islam ke 5 dan mulai tahun depan insyaAllah jalan ke arah itu nampaknya semakin terang...
mudah-mudahan juga rezeki melimpah di masa akan datang membuatkan aku menjadi seorang yang lebih bersyukur dan dapat mengongsikan kesenangan kepada kedua ibu bapaku.. mudahan mereka dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik sepanjang hidup mereka.. amiiin
No comments:
Post a Comment