Thursday, March 15, 2012

segunung intan secebis kesihatan

baru baru ini aku dilanda demam yaNG sungguh teruk menyebabkan aku terlantar selama hampir 14 hari.. bermula dengan demam biasa sehingga tidak boleh bangun waima untuk membuang hajat.. dan berlarutan.. dengan bermacam simtom dan pendapat daripada 4 orang doktor.. mmm

pada masa itu aku asyik terfikir apakah pengakhirannya sudah menghampiri, macam macam bermain difikiran ku kerana selama ini aku tidak pernah sakit sampai begitu sekali.. aku membayangkan apakah nasib anak ku dan keluargaku seandainya Allah takdirkan untuk memanggil aku kembali kesisiNya..

aku rafakkan doa kepadaNya agar janganlah hendaknya nyawaku dicabut ketika aku jauh diperantauan,.. klu Dia izinkan aku ingin dipanggil ketika berada dikampung halaman bagi memudahkan ahli keluargaku untuk menguruskan ku.. sampai begitu sekali doa harianku..

pada masa itu wang sudah tidak menjadi taruhan lagi. semua benda tidak menarik lagi. asyik terbaring menahan kesakitan.. sesungguhnya kesakitan ini menyedarkan lagi aku betapa secebis kesihatan yang dinikmati akan tiba tiba ditarik balik olehNya apabila Dia menghendakinya..

berbalik masalah penyakitku.. setelah beberapa pemeriksaan darah, jantung dsb doktor memutuskan aku tidak mengidap apa penyakit merbahaya.. aku berdoa semoga apa yang dikatakan biarlah kenyataan...

ada juga suara suara yang menyatakan punca penyakitku adalah unsur mistik atau kata orang tempatan ketaguran.. hehehehe lucunya.. but well i kongsikan satu cerita menarik tentang part of mistik..

maybe memang saya sudah mahu sembuh waktu itu or maybe memang ada sedikit gangguan makluk halus.. sebenarnya selama saya sakit tidak terfikir pula meminta rawatan (doa air penawar) daripada ibu mertua.. sedangkan selama ini anak yang demam atau apa sahaja masalah memang selalu meminta air penawar beliau..

jadi apabila saya tidak juga sembuh menjelang hari ke 14 saya sakit, suami mengajak saya singgah ke rumah mertua (kebetulan dalam perjalanan balik ke papar dari labuan- amalan biasa kami memang singgah di rumah mertua terlebih dahulu) dan sebaik duduk diruang tamu suami saya terus memaklumkan ibunya bahawa saya telah lama sakit dan masih dalam keadaan sakit - waktu suami saya memaklumkan mertua memang saya sedang menahan kesakitan dibahagian tengah dada..

tanpa berlengah mertua mencapai sebotol air mineral lalu membacakan doa... apa yang peliknya sakit yang saya rasa serta merta hilang.. betul betul ajaib.. peluh saya tiba tiba keluar tanpa henti.. apabila saya sampai dirumah dan meminum sedikit air penawar tersebut semakin kuat saya berpeluh n akhirnya tertidur kerana merasa sangat mengantuk (menguap berkali kali mcam orang yang letih sangat)

apabila bangun badan tiba tiba terasa ringan dan sedikit segar, berbeza dengan keadaan sbelum ini.. tiba tiba perut berkeroncong minta diisi sedangkan sebelum ini menelan air pun sangatlah susah!

syukurlah.. itulah titik permulaan saya baik dan hari demi hari saya beransur ansur sihat.. sampailah hari ini...

p.s : dah sihat keluar pula batuk n selsema....

No comments:

Post a Comment