Sunday, March 25, 2012

again and again

mac sekali lagi datang seperti selalu.. sebenarnya aku hampir terlupa tentang ulang tahun pemergian mu.. tapi tanpa dipinta namamu melintas difikiran dan rupanya ulang tahun ke 17 pemergianmu..

beberapa hari dahulu aku sedang bersedih amat.. malam ku terganggu dengan tangisan.. ada perkara yang menyentuh hati.. dan kesedihan itu bukan dibuat-buat..

tiba tiba malam berikutnya aku bermimpi kau datang zim. berbeza dalam mimpiku sebelum ini nyata raut wajahmu sudah berubah. pipimu sedikit tembam dan ku rasa kau semakin tinggi..

dalam mimpiku kau mengajak aku duduk disebuah kerusi taman.. di atas sebuah bukit yang indah dan berangin. yang lucunya dalam mimpiku itu aku tahu aku sedang bermimpi.. hebatkan..

aku hairan lalu bertanya tentang keadaanmu. seperti biasa senyum manis dan lesung pipit kau pamerkan.. aku beginilah..jawapmu..jangan kau risaukan.. aku cuma tersenyum mendengar jawapan mu zim..

maafkan aku kerana membuatkan kau selalu teringatkan ku..kata zim. mana ada kau salah zim, masalahnya aku yang tidak dapat melupakanmu.. tidak sekali kali aku dapat.

kau raih tanganku dan kau mulai berkata. noey, janganlah kau menangis selalu. kau tau setiap kali airmatamu keluar aku menjadi tidak tenang dan ingin kembali padamu. aku sebenarnya terkejut dengan kata-katamu tu zim.. macam wayang korea pula.. terlebih romantik..

aku mahu membuka mulut utk berkata tapi kau mengeleng.. aku tau itu isyarat menyuruh aku diam, memang itu cara mu sejak dari dahulu.

noey aku mahu kau ketawa macam dulu. macam waktu kita bersama dulu. ketawamu itu yang memikat aku buat kali pertama.. setahu aku kau wanita yang kuat dan jangan berfikir bukan-bukan..

dan kau harus tahu belum masanya lagi untuk kita berjumpa. aku tahu kau kebelakangan ini asyik terfikir tentang alam ku.. aku cuma terkesima mendengar suara zim.. inotnasi suaranya yang aku rindu rindukan.. 17 tahun belum lagi berjaya memadamkan mu dari hatiku.. aku noey si wanita yang begitu banyak untuk diperkatakan buat pertama kali hilang arah dan kata-kata..

aku terus menangis dan menangis dan zim biarkan saja airmataku mengalir.. lepas ni kau hendak kemana zim.. soalku bila melihat zim berdiri.. noey tempat ku sudah tentu dan jangan kau risau.. jaga dirimu baik baik dan terima kasih kerana tidak pernah melupakan aku.. kau tau saat ahli keluargaku mulai terlupa tentang aku mungkin kerana kesibukan urusan sendiri, masih ada kau yang mengirimkan wangian untuk aku disini.. terima kasih..

bila aku tersedar waktu subuh menjelang.. dan sisa airmata masih dipipiku..

aku masih memikirkan tentang mimpiku.. apakah aku terbawa-bawa dengan angan atau wayang sehingga aku termimpi zim begitu.. tapi aku sempat melihat mata zim bergenang waktu dia berpesan untuk aku menjaga diri..

kemudian ku sedekahkan fatihah untuknya

Thursday, March 15, 2012

segunung intan secebis kesihatan

baru baru ini aku dilanda demam yaNG sungguh teruk menyebabkan aku terlantar selama hampir 14 hari.. bermula dengan demam biasa sehingga tidak boleh bangun waima untuk membuang hajat.. dan berlarutan.. dengan bermacam simtom dan pendapat daripada 4 orang doktor.. mmm

pada masa itu aku asyik terfikir apakah pengakhirannya sudah menghampiri, macam macam bermain difikiran ku kerana selama ini aku tidak pernah sakit sampai begitu sekali.. aku membayangkan apakah nasib anak ku dan keluargaku seandainya Allah takdirkan untuk memanggil aku kembali kesisiNya..

aku rafakkan doa kepadaNya agar janganlah hendaknya nyawaku dicabut ketika aku jauh diperantauan,.. klu Dia izinkan aku ingin dipanggil ketika berada dikampung halaman bagi memudahkan ahli keluargaku untuk menguruskan ku.. sampai begitu sekali doa harianku..

pada masa itu wang sudah tidak menjadi taruhan lagi. semua benda tidak menarik lagi. asyik terbaring menahan kesakitan.. sesungguhnya kesakitan ini menyedarkan lagi aku betapa secebis kesihatan yang dinikmati akan tiba tiba ditarik balik olehNya apabila Dia menghendakinya..

berbalik masalah penyakitku.. setelah beberapa pemeriksaan darah, jantung dsb doktor memutuskan aku tidak mengidap apa penyakit merbahaya.. aku berdoa semoga apa yang dikatakan biarlah kenyataan...

ada juga suara suara yang menyatakan punca penyakitku adalah unsur mistik atau kata orang tempatan ketaguran.. hehehehe lucunya.. but well i kongsikan satu cerita menarik tentang part of mistik..

maybe memang saya sudah mahu sembuh waktu itu or maybe memang ada sedikit gangguan makluk halus.. sebenarnya selama saya sakit tidak terfikir pula meminta rawatan (doa air penawar) daripada ibu mertua.. sedangkan selama ini anak yang demam atau apa sahaja masalah memang selalu meminta air penawar beliau..

jadi apabila saya tidak juga sembuh menjelang hari ke 14 saya sakit, suami mengajak saya singgah ke rumah mertua (kebetulan dalam perjalanan balik ke papar dari labuan- amalan biasa kami memang singgah di rumah mertua terlebih dahulu) dan sebaik duduk diruang tamu suami saya terus memaklumkan ibunya bahawa saya telah lama sakit dan masih dalam keadaan sakit - waktu suami saya memaklumkan mertua memang saya sedang menahan kesakitan dibahagian tengah dada..

tanpa berlengah mertua mencapai sebotol air mineral lalu membacakan doa... apa yang peliknya sakit yang saya rasa serta merta hilang.. betul betul ajaib.. peluh saya tiba tiba keluar tanpa henti.. apabila saya sampai dirumah dan meminum sedikit air penawar tersebut semakin kuat saya berpeluh n akhirnya tertidur kerana merasa sangat mengantuk (menguap berkali kali mcam orang yang letih sangat)

apabila bangun badan tiba tiba terasa ringan dan sedikit segar, berbeza dengan keadaan sbelum ini.. tiba tiba perut berkeroncong minta diisi sedangkan sebelum ini menelan air pun sangatlah susah!

syukurlah.. itulah titik permulaan saya baik dan hari demi hari saya beransur ansur sihat.. sampailah hari ini...

p.s : dah sihat keluar pula batuk n selsema....

Thursday, December 15, 2011

ombak rindu

selalu sudah ku dengar ost cerita ombak rindu.. muziknya sgt simple tapi meruntun hati.. setakat ini saya belum lagi la pergi tengok filemnya.. ada juga rakan berpesan bawa tisu banyak banyak.. ehhehe

mm sekarang pun memang sedang dilanda ombak rindu.. rindu terhadap anak kesayanganku yang sedang bergembira di kampung..

buat masa ini rutin kerjaku masih sebegini, adakalanya sibuk teramat amat adakalanya teramatlah punya senggangnya.. apapun ku rasa aku masih lagi produktif di pejabat hahaha perasan kan kan kan..

tahun ini espektasi terhadap alam pekerjaan agak begitu begitu sahaja lantaran 10 bulan terkebelakangan masalah tentang kenaikan gaji dan emolumen ku yang tertunggak.. tapi syukur alhamdulillah menjelang hujung disember segalanya sudah selesai..

syukur juga ada usaha dan bantuan rakan rakan yang membuahkan hasil terima kasih semua..

menjelang hujung tahun ini sejenak saya menoleh kebelakang melihat suka duka yang ditinggalkan dan bakal ditinggalkan.. mulai 9hb hari itu secara rasmi kami mulai menduduki rumah sewa baru..

syukur, memang Allah selalu mendengar rintihan hambaNya yang teraniaya.. biarpun kami orang ke 7 yg berminat menyewa rumah tersebut, ternyata rezeki berpihak kepada kami.. syukur sangat kerana mendapat tuan rumah yang bertimbang rasa dan prihatin dan kawasan kejiranan yang selamat dan seronok..

insyaAllah ada rezeki akan memanggil rakan-rakan datang dan menjamu mereka insyaAllah..

doa dan harapanku semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga mudah-mudahan dirumah baharu ini kehidupan kami dipermudahkan dan hubungan suami isteri mendapat redha Ilahi serta kami sekeluarga dibimbing kekal di jalan yang disukaiNya..

doa dan harapan kami semoga tahun demi tahun akan membuatkan ikatan kekeluargaan kami bina ini semakin kukuh dan semoga hati kami semakin didekatkan kepadaNya.. selalu terimpi untuk menunaikan rukun islam ke 5 dan mulai tahun depan insyaAllah jalan ke arah itu nampaknya semakin terang...

mudah-mudahan juga rezeki melimpah di masa akan datang membuatkan aku menjadi seorang yang lebih bersyukur dan dapat mengongsikan kesenangan kepada kedua ibu bapaku.. mudahan mereka dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik sepanjang hidup mereka.. amiiin

Saturday, December 3, 2011

kisah si paus biru

aku heran jugalah si kadal tu kan. helo, lupa ker i masih bayar sewa.. jgn perasan yer.. harta dirumah tu yg ko pakai siang dan malam masih lagi hartaku.. kalau mau tunjuk hebat sangat janganlah pakai.. pakailah harta sendiri.. nda tahu malu punya manusia...
akupun nda tahu species apalah dia ni.. mau kata manusia pun bukan mau kata haiwan pun akal tu tuhan bagi..
tadi kebetulan aku buat kerja area rumah ku so time break aku pun balik la umah untuk cuci kainku yg bertimbun tuuu.. sampai dirumah si 6 gram sama ikan paus ada.. sedang sebok memasak konon.. masuk2 ja aku ish ish muncung terus sambil terjeling jeling.. kalau cantik macam artis nda apa juga ini.. 88 botol eskinol pun nda dpt kasi ilang kadalnya tu.. yukh
kalau mo sakitkan ati orang agak agaklah.. pakai periuk nasi aku, pakai kuali aku, pakai mesin basuh aku, pakai piring aku.. adudu nda sadar diri.. sampaikan kipas dalam bilik pun kipas ku.. jgn sampai ku mengungkit karang terajun sungai tarus malu..
aku hairan dorang ni memang ketaralah ba nda skolah buang masaku saja mau sakit hati, tapi harus dia ingat dunia ini kecil sahaja.. aku nda pernah ganggu kehidupan sesak dan songsang dorang.. tapi apa yg ku dapat ?
cerita dengan orang konon apa, rindukan nurin risaukan nurin.. ptuih.. haram jadah kaulah.. babi pun nda mcm kau oh masih tahu diri lagi..nahkan keluar suda marahku..
tunggu kamu, suatu hari nanti ada masanya kau tu akan terkena.. sampai mati pun aku nda dpt maafkan sikap kamu laki bini.. ingat aku nda halalkan semua penipuan dan fitnah kamu laki bini..

Friday, December 2, 2011

selamat tinggal sahabatku Nas..

sedari pagi seakan menunjukkan tanda-tanda bahawa sahabat tersayang akan pergi meninggalkan semua insan yang menyayanginya.. aku asyik tertekan n. telefon bimbitnya.. setiap kali aku membuka 'contact' mesti tertekan no yang ku set untuk jkr.nas... jantungku berdegup pantas dan dugaanku benar belaka... berita sampai ke telingaku tepat jam 2.38ptg.. agak lambat sedikit dari orang lain...
harap maaf sahabatku, atas aral yang menimpa, aku tidak dapat melawatmu buat kali terakhir, mungkin Allah tidak mahu pertemuan kita yang terakhir kali disulami airmata dan kesedihan kerana sepanjang kita bersama, segala susah senang dan airmata kita imbangi dengan gurau tawa..
banyak kenangan kita walaupun masa kita bersama amatlah singkat.. aku sebenarnya bersyukur kerana mendapat kawan sepertimu.. tidak ramai insan sepertimu nas, seorang sahabat yang paling baik dan prihatin..
setiap orang selalu terkesan dengan sikap ambil beratmu.. kalau ada rakan rakan yang sakit atau ditimpa musibah, dikaulah orang pertama yang bertanya khabar, melawat mahupun menghulurkan bantuan...
banyak peristiwa lucu dan gembira sepanjang bertugas bersama.. cabaran paling besar adalah membuatkan mu tersenyum semenjak dirimu ditimpa musibah penyakit tersebut.. namun ada satu perkara yang ada padamu yang sesungguhnya belum ku temui pada orang lain yang pernah ku temui..
apakah dia ? itulah ketabahan dan keberanianmu.. sehinggakan kau ku gelar wanita besi.. ingatkah lagi kata-kataku ? wahai wanita besi, dirimu bukan sahaja tabah demi untuk dirimu sendiri malah ketabahanmu adalah sumber kekuatan terhadap kami disekelilingmu..
dalam pada dirimu dalam musibah, dikau masih terus berkongsi pengalaman, nasihat dan pandangan ikhlasmu. tidak putus-putus menyenangkan hati rakan dan keluargamu..
dulu kata gurauan mu ingin 'pergi' hari jumaat.. katamu agar tidak mendapat siksa kubur.. Ya Allah, bukti jelas keikhlasan hatimu telah Allah tunaikan.. sesungguhnya kau pergi pada penghulu segala hari..
selamat tinggal sahabat ku Nas.. sudah pasti tempatmu disana adalah yang terbaik.. bukankah janjiNya terhadapmu sangat manis... ujian demi ujian terhadapmu sudah pasti balasannya Firdaus..
selamat tinggal sahabat ku Nas.. jangan kau risau.. dirimu kami kenang sebagaimana kau ingin dikenang.. sebagai wanita terbaik, cantik dan berhati waja.. untuk itu satu sanjungan teragung untukmu..
selamat tinggal sahabat ku Nas.. syukur kerana tamatlah sudah penderitaanmu di dunia ini.. insyaAllah sedikit masa lagi dirimu bersenang lenang menikmati janji-janji Allah..
selamat tinggal sahabatku Nas.. sesungguhnya seribu kerinduan pun tidak mampu membayar walau sedetik memori bersamamu..
dari kejauhan dirimu di sana.. lihatlah kami yang meratapimu, namun sayangku ratapan itu bukan kerana kami tidak sayangkanmu tetapi merasa sangat hiba dan redha kerana Dia sangat mencintaimu..

Saturday, November 26, 2011

fitnah 3 serangkai - ceritera 3

ceritera 3 - kerendahan akal 6gram..
suatu pagi hening saat menikmati awal pagi sempena harijadiku.. tiba-tiba aku terdengar 6 gram bercakap sekuat kuat suara kepda suamiku " ko carikan aku rumah sewa, aku mahu pindah.. mcm tu lah lebih kurang ayatnya.. jadi my hubby jawab- kenapa ? tuan rumah mau ambil balik umah ni ka ? tidak .. jawap 6 gram mengambarkan kebijaksanaannya, aku mo pindah bukan apa aku kesian melihat biniku panat di dapur ??????
kalo korangla kan dengar ayat segini tentulah korang tau perkara itu ditujukan kepada saya.. hey helo si 6 gram... bukan yg bersepah tu ko n friends yang buat ka ? off course la bini ko y yang kena kemas..
as per me n my hubby (because my daugter di kg) kami makan kat luar jer.. tak kanla dah kenyang makan kat luar bila balik aku kena masak lagi.. belum pernah lagi my hubby mengarah arahkan bininya tu memasak.. biasanya if i'm not around dia akan masak sendiri jer..
n si 6gram n bini.. sila sedar sikit yer.. klu korang melepak kat luar tu besepah cawan tak bercuci kulit kuaci betabur.. siapa yg bersihkan.. hade ko ingat.. hohoho... sapa suruh lepas makan tinggal kan di singki.. esok mcm tu juga.. aku sorry yer klu pring mangkuk yg kami pakai smua aku basuh..
hari itu berapa hari my hubby tak mengemas sampah kat dapur.. beribu ulat keluar... hahaha jadi salah siapa.. dah memang pengotor lagi mau kasi salah orang..
kesudahannya kami sekarang ini sdg berusaha mencari umah lain yang sesuai.. nda payahlah clue clue bininya penat di dapur.. dia cuma berpura pura jer depan ko 6 gram.. huhu ko belum tau lagi gaya binimu tu klu ko tiada..
kalau mencuci kain (guna mesin aku plak tu) bukan pandai keluarkan dari mesin asyik tunggu aku keluarkan.. lepas pakai bukan pandai bersihkan sisa sabun.. aku juga yg tenyeh ngan berus gigi..
kalau kami keluar pandai2lah ko ya ..carilah periuk belanga sendiri, dapur gas, periuk nasi, mesin basuh.. nah.. adios.. 6 gram = ikan paus biru memang sepadan...

fitnah 3 serangkai - ceritera 2

ceritera 2 - 6 gram menganas lagi..
sambung balik part 2.. alkisahnya satu petang nan damai ketika saya sedang 'memanjakan diri' berkursus n beraircond.. my hubby call n tanya betulkah kononnya sayang ada cakap saudara kesayangannyaa si 6 gram yg memberikan pengaruh tidak baik kepada my hubby termasuk membawa berpoya-poya ke sana kemari dsb..
apalagi laaaa kali ini... time ni my hubby pun memang langsung tidak percaya kerana dia tahu sikap bininya ni tidak begini.. kalaupun my hubby kaki berpoya bukanlah kerana 'pengaruh' 6 gram.. ish ish ish.. mula lah keluar perangainya mcm kerbau mengamuk temarah marah nda tentu pasal.. akhirnya tanpa ungkapan maaf baru mengaku salah faham.. yenede la dei.. poodah! nampak sangat memperlihatkan sikap suka memecah belah n bergaduh..
manusia mcm ni ku harap dapat diberi kursus khas di PLKN tentang belajar menghormati orang lain.. bak kata my hubby jgn asyik ingat dia punya hangin sja.. aku punya hangin dia nda ingat.. sedangkan dia sendiri tahu mcmmana my hubby kalau dah meradang.. luckily.. my hubby masih dapat bersabarrr lagi
aikh.. tapi syukurlah kan aku masih dapat bertahan n bersabar lagi.. kerana bagi yang mengenali aku punyai sikap toleransi yg amaaaaaat baik tapi sekali aku mengamuk.... tuhan saja yang tahu ke Maha Dasyaatannya
thats whylah kemana si 6 gram pergi tidak berhenti daripada mencetus pergaduhan sesama keluarga dan hampir semua ahli keluarga dekat sangat kurang senang dengan sikapnya...