Friday, August 31, 2012

segalanya sudah berakhir part 3

biar aku kongsikan sedikit cerita ini.. cuma secebis dari yang banyak..dan itulah peristiwa yang membuatkan aku bangkit dan meminta jalan perpisahan

hari itu merupakan hari yang sangat sibuk bagi aku.  ada sedikit kerja yang perlu tandatangan pengarah dan aku menyiapkannya sejak dari pagi hingga ke lewat petang kerana pengarah akan berada diluar pejabat mulai dari keesokannya.

aku lega bila kerjaku selesai dan sedang berkemas kemas untuk pulang.  tiba-tiba telefonku berbunyi dan pangilan dari dia.  setelah 3 hari tidak pulang ke rumah..tanpa telefon atau sms bertanyakan khabar kami atau memaklumkan di mana dia berada tiba tiba pada petang itu dalam jam 6.10 minit dia menelefonku.  seperti biasa aku menjawab..

Dia : dimana ko ni
Aku : diofis
dia : lambat juga ko balik pukul berapa sudah ni.  hah..aku dirumah si lalai ni hantarkan aku duit rm300.

aku terkejut dengan permintaannya.
Aku : aku mana ada duit banyak tu..untuk apa
Dia : jangan lagi kau banyak tanya.  aku mahu pakai duit.  kenapa nda boleh kah.  oo kalau kau boleh pula ko berbelanja beribu-ribu..kalau aku nda boleh..

dia menjerit di telefon sambil memaki aku @@#$$%%^

Aku : aku berbelanja pun utk keluarga dan menggunakan duitku sendiri..aku tidak mahu bagi
Dia : perempuan &**%^^ aku tau kau curang sana ada boy friend.. balik ko ke rumah kau taulah nasibmu kalau kau nda bagi duit.
Aku : aku tetap tidak mahu bagi
Dia : memang dasar keturunan sundal dasar keturunan anjing..$%^&& kalau ko tidak bagi ku bakar rumah tu.

kerna tidak tahan dengan maki hamun dia..aku yang masa tu mmg sudah stress dan penat juga turut naik angin.

Aku : aku tidak mahu..CERAIKAN aku..aku tidak tahan sudah dengan kau..ceraikan aku..

demikianlah permulaannya..malam itu aku takut untuk balik ke rumah dan aku menumpang tidur di hotel kebetulan adik kandungku sedang outstation dilabuan..

sebenarnya kejadian maki hamun, sumpah menyumpah ini sudah menjadi tabiatnya sejak kami mulai berkahwin..setiap kali mabuk dan bersuka suka di luar rumah..bila sahaja dia balik..yang menjadi mangsa kemarahan adalah aku.  aku pun tidak tahu kenapa dia bersikap demikian.

aku pernah bertanya pada dia kenapa dia suka memaki hamun dan memarahi aku sebaik sahaja dia balik ? dia menjawap dia sendiri pun tidak tahu..cuba bayangkan kehidupan ku selama 9 tahun menahan hati..bukankah akhirnya pertahananku roboh juga..

aduhai..akan bersambung..

segalanya sudah berakhir part2

aku tergerak untuk menulis lagi sambungannya hari ini..segalanya ini merupakan luahanku sahaja semata mata.  bukan untuk mencari kesalahan ataupun apa tapi sekadar sebuah luahan hati.

aku tidak mengerti akan sikap lelaki ini.  semasa aku masih sah menjadi miliknya sedikitpun dia tidak ingin mengambil endah apa yang kulakukan.  apatah lagi memerhatikan segala sikap dan perbuatan malah tidak pernah mempertikaikan dengan siapa ku berkawan.

tapi kenapa bila sudah jalan terpisahan terbentang dan aku sedang melaluinya..mendadak cemburunya meningkat.  kecurigaannya bertimpa timpa.. hairan bukan..

dia menuduh perpisahan kami ada kena mengena dengan orang ketiga..ada kena mengena dengan perbuatan sihir seseorang..hakikatnya dia tahu mengapa.  dia mengatakan perubahanku mendadak hingga sanggup meminta perpisahan.. sebenarnya aku malas mahu bertengkar kerana akhirnya hatiku juga yang menangis.

aku ingat lagi tentang sikapnya yang tidak pernah menghargai aku sepanjang perkahwinan kami.  aku ini hanya merupakan lambang sahaja dalam rumahtangga.  dia juga suda terbiasa ada segala-galanya ku sediakan..

sekiranya dia ingin berbuat sesuatu yang nyata tidak ku sukai, tak akan pernah dia mempertimbangkan perasaan ku, dia memperlakukan aku sesuka hatinya.

aku sudah selalu mengingatkannya..tolong hargai aku selagi aku masih sayangkan kau.  tolong hargai perasaanku kerana sekiranya aku sudah tidak sayang..sukar untuk aku bertahan dan menerima semua perbuatanmu terhadapku.

arak dan judi serta kecenderungan mengunjungi pusat hiburan.. inilah yang tidak pernah dapat ditinggalkannya.  bayangkan apa perasaan mu sebagai isteri bila suami mu tidak balik berhari hari ke rumah kerana sibuk mencari hiburan diluar.. dan bayangkan perasaanmu bila dia balik maki hamun dan sumpah seranah yang disemburkan..

tidak sekali dia pernah mengungkapkan maaf atas semua perbuatannya.  setiap kali menerima duit, setiap kali itu juga dia tidak akan pulang kerumah..bukan sekali dua malah berkali kali..

Wednesday, August 29, 2012

segalanya sudah berakhir..part 1

segalanya sudah berakhir.. ia bermula pada 29 Ogos 2003 dan berakhir pada 19 Ogos 2012 setelah 9 tahun dihempas badai dan gelombang..mencuba untuk melakar kenangan indah dan akhirnya kecundang lagi.. kali ini kecundang ini agak berbeza kerana ianya berlaku atas permintaan ku sendiri..

bukan senang mengharung hidup bersama dia..tapi aku juga tidak nafikan pernah bahagia.. sebenarnya apa yang terjadi sememangya ketentuan dariNya sebagaimana tersurat dalam Loh Mahfuz.

apa yang ingin aku kongsikan adalah kenapa aku akhirnya meminta jalan perpisahan.  sekian lama aku hanya bertahan bertahan dan bertahan..bersabar bersabar dan bersabar..namun sampai bila harus aku pertahankan kalau tiada perubahan yang berlaku.

dalam kehidupan rumahtangga kami aku merasakan hanya aku sahaja yang berkayuh untuk menyampaikannya ke destinasi.  sekiranya kapal kami berlubang aku menampalnya supaya tidak karam.  namun sebaliknya tindak tanduknya hanya menambahkan lagi keuzuran bahtera kami itu.

aku sudah lali bila dia menuduh ku mempunyai orang ketiga kerna meminta perpisahan.  sesekali tak akan dia mengaku bahawa semua yang terjadi adalah anyaman indah hasil perbuatan dan sikapnya.  malah seluruh marga keluarganya telah dijaja cerita tentang kecurangan ku.

bagi ku terpulanglah kepada dia.  kau boleh cipta semua cerita.  kau boleh jaja semua perkara tentang kecuranganku.  tapi jauh disudut hatimu aku yakin kau tahu kenapa ini semua terjadi..bukankah aku sering kali berkata..selagi aku masih menyintaimu menyayangimu tolong lah hargai aku.  tolonglah jaga perasaanku.  jangan biarkan aku menangis.  jangan sakiti hatiku.. saban waktu tahun demi tahun itulah rayuanku kepadamu.

aku sudah terangkan kepadamu.  aku ini amat pemaaf orangnya kerana kau ku sayangi.  tapi yang kupinta cuma penghargaan..itu sahaja.  tapi 9 tahun berlalu... sedikitpun kau tidak mengambil endah perkara itu.  kau terus terusan melakukannya..

melukaiku..menyakitiku..aku juga sudah tegaskan kepadamu..sekali aku sudah mengambil keputusan, aku tidak akan berpaling lagi walaupun nyawaku sebagai galang gantinya.. aku rasa peluang 9 tahun sudah terlalu panjang aku berikan.

kini aku merasa lega...kadang kadang terdetik rasa kasihan terhadap mu..tapi bagaimana aku memikirkan untuk kembali sedangkan kau lampiaskan kemarahanmu sehingga ke tahap ugutan ingin membunuhku ?  kalaulah aku ini tidak bersimpati denganmu lama sudah aku membuat laporan polis atas perbuatanmu..

adakah kau lupa kau mengugut aku dengan skru driver..atau pisau..walaupun kau kata kau tidak akan sampai hati untuk mengunakannya terhadapku..tapi adakah kau pasti..aku sudah katakan padamu..kalau kau rasa dengan membunuhku membuat kau senang dan tenang..dipersilakan..tidak mengapa aku mati ditanganmu.. sudah ku ungkap kata itu..

maka haruslah dirimu mengerti dan cubalah renungkan..