pernahkah berlaku dalam kehidupanmu dimana kau membayangkan seseorang (yang bukan milikmu) dan mengajaknya bersuka ria dan melakukan perkara-perkara romantik yang sepatutnya hanya kau lakukan dengan insan yang kau sayangi dan halal melakukannya..
wow terkedu saya membaca naskah yang masuk kedalam email saya ini.. wow yang pertama adalah ayat yang ditulis menunjukkan penulisnya merupakan seseorang yang tahu tentang seni penulisan (berlapik) dan wow yang kedua adalah betapa 'daring'nya pertanyaan yang lahir dari sentuhan tangan dan terjemahan hati wanita tersebut..
mmm.. rasanya perkara pertama yang saya lakukan adalah memikirkan jawapan terbaik untuk ditulis.. wow.. actually saya puji dululah pertanyaannya itu kerana bukan semua wanita berani menyuarakannya.. lebih-lebih lagi dia meminta saya menjawapnya dalam blog hahaha
sebenarnya angan angan 'nakal' ini sebenarnya telah lama diulas dalam buku buku psikologi yang pernah saya baca terbaca atau terpinjam atau tercuri hehehe.. kesimpulannya yang pertama : angan angan itu tidak salah..
memetik dan menterjemah mengikut kata hati saya, angan angan tersebut kadang kala perlu demi menghidupkan fantasi dalaman seseorang wanita.. demi untuk mewujudkan api sensual seseorang wanita yang mungkin selama kehidupannya kurang 'panas'.
angan angan tersebut boleh jadi bersama idola, lelaki dipejabat, si pemotong rumput atau si mekanik yang kotor dan hitam berbau (aik.. terjemahan kah ini atau apa)..
kedua : angan-angan itu digunakan untuk memotivasikan diri
terkadang apabila muncul angan-angan sebegini ada juga yang tiba-tiba terus memerhatikan penampilan diri (yang selama ini dia tidak peduli) atau belajar sesuatu yang baharu, contohnya tiba-tiba meminati cerita cinta dan romantik..
tapi hal ini menjadi salah apabila angan-angan ini menguasai akan pemikiran dan kita menjadikannya satu hala tuju.. contohnya kalau berangan terhadap mekanik tadi, terus cari mekanik dan terus mengofferkan diri ??? gila haper..
atau mengganggu pula perhubungan kita dengan keluarga.. tiba-tiba menjadi dingin bak es kepada suami atau cinta hati.. atau mengejar idola kita kesana kemari ibarat nyamuk ish ish ish buang tebiat haper..
menwujudkan fire dalam diri kita itu perlu.. lebih2 lagi kalau sudah beranak pinak dan berkahwin berkurun lamanya.. tapi api yang kecil menjadi kawan.. jgn jadikan dia besar nanti bomba pun nda dapat menolong..
so my friend.. adakah jawapan saya ini memuaskan hatimu.. jangan ambil sangatlah tulisan saya ini yaa.. bukan pakar yang cakap.. noey yang cakap.. tata
*selamat menyambut ramadhan.. insyaAllah ramadhan kali ini ku harap akan menjadi titik tolak (turning point) dalam hidupku... amiiiin
No comments:
Post a Comment