Tuesday, July 5, 2011

had had kesabaran...

ahaks sejak saya tulis email tentang dear noey.. nampaknya ada 2 - 3 email dear noey lagi yang saya terima hehehe.. nampak gayanya ada juga orang mengikuti blog ni, which i hope boleh menjadikan laman ini menjadi meriah lagi kan kan kan..

kali ini email dear noey yang saya terima amatlah ringkas, tapi menyentap isi hati dan naluri saya sebagai seorang wanita.. dia tulis macam ini, dear noey, kenapa kita sukar melupakan seseorang yang telah melukakan hati kita sedalam-dalamnya, dan ingatan itu bukan kerana kasih sayang.. tapi atas kebencian yang masih membara..

mmm, nampaknya soalan ini agak berat.. cara saya menjawabnya adalah melalui pandangan mata saya sendiri..

adikku penulis email, seseorang yang penyabar sekalipun pasti ada had had kesabarannya.. itu point pertama yang saya ingin highlightkan..

semasa saya dilanda duka nestapa akibat perbuatan orang (yg pernah disayang) saya mempertimbangkan jalan perpisahan dengan memikirkan kebaikan yang ada padanya.. waktu itu saya fikirkan semua kelebihan dan kebaikannya - bukan keburukannya kerana pertamanya untuk menguji hati saya mampukah saya hidup tanpa semua kebaikan itu ?

kerana jika saya memikirkan tentang keburukannya lalu mengambil jalan berpisah ? apakah jaminan perkara buruk sifatnya itu tidak akan saya tempuhi sekali lagi ? pasti tiada jaminan kan ?

dan jika saya mampu survive tanpa kebaikan yang ada padanya, ertinya saya mampu untuk menghadapi apa sahaja kekosongan yang bakal ditempuh sekiranya saya mengambil jalan keluar.

saya juga melangkah keluar dari suasana tersebut dengan berlapang hati.. walaupun kecewa mampu membunuh saya waktu itu, tapi saya yakin ianya bersikap sementara sahaja..

oleh itu adik, dendam itu perkara biasa, tapi janganlah kiranya baranya akan memusnahkan hatimu sendiri..

lepaskan saja kemarahan itu.. dan beri peluang kepada diri sendiri.. pokoknya, jangan anggap segala kejadian berlaku adalah berpunca dari sendiri.. kerana kita tidak dpat mengawal segala-gala..

terkadang dendam itu indah, tapi kemaafan terhadap dendam jauh lebih indah.. percayalah.. maaf bukan pakar yang cakap, cuma kak noey yang cakap..

adios

No comments:

Post a Comment