ahaha still terkial kial and berfikir macam mana mau letak gambar dalam post ni...
my view today is pasal sikap seseorang manusia..
ada sesetengah manusia itu terlalu rendah diri dan takut mengakui kelebihan.. ada pula terlalu mewar-warkan kelebihan..
pada pandangan saya perkara kecil sebegini selalu menjadi topik 'duck pond' dalam organisasi tempat saya bekerja..
sebenarnya terlalu merendah diri adalah tidak baik. meskipun orang kata semakin berisi padi semakin tunduk tapi hakikatnya, padi tersebut tidak akan tunduk sehingga buahnya mencecah tanah kerana akibatnya buah tersebut rosak terkena air atau dimakan oleh serangga merayap..
maka, mudaratlah ertinya kalau seseorang tu terlalu merendah diri. seharusnya kita mesti berani mengakui kelebihan kita sebagaimana kita berani mengakui kesalahan kita..
satu lagi adalah sikap selalu ambil ringan kalau orang ikhlas puji pakaian, mekap atau kebolehan kita...terkadang kita tidak endah dengan pujian tersebut.
sebenarnya pujian seseorang yang ikhlas akan menzahirkan aura positif dan aura positif yang berlegar diudara akan merangsang sel-sel membolehkan tubuh badan kita membunuh sel-sel jahat dalam tubuh secara alami..
haaa kan betapa baiknya pujian ikhlas.. mulai dari hari ini kita terimalah pujian tersebut dengan berlapang dada.. bukan dengan mendabik dada, bimbang dengan pujian positif akhirannya menjadi negatif pulaaaaaa
tata..
No comments:
Post a Comment