wow.. berjaya kagum sekejap dengan diri sendiri.. this is my 1st entry in year 2011 i think.. what a busy life..
tahun ini saya merasa bersyukur kerana menerima khabar baik dinaikkan pangkat. dalam susah payah merayu sana sini akhirnya dapat juga penempatan di jabatan yang sama.. nice dan alhamdulillah..
saya rasa kematangan usia mulai memakan perasaan pemarah dan tidak sabar yang saya miliki.. saya berharap ianya tidak bersifat sementara. saya berazam untuk dapat menikmati masa senggang dengan lebih aman
juga saya berazam untuk memberikan adik kepada nurin.. saya rindu untuk mencium baby baru lahir.. rasanya nurin dah terlalu besar sudah hahaha tak sedarkan anak saya semakin tinggi dan berumur 6 tahun..
saya juga berasa perlu berbuat sesuatu mengenai mama. sejak si liza tinggal serumah dengan kami di papar dan mama terpaksa mengasuh anaknya, saya rasa ibadah mama jadi kelam kabut. sedangkan masa-masa macam ini mama perlukan rehat untuk dapat beribadah dengan lebih tenang lagi..
apa pun janji saya adalah untuk mengupdate blog ini sekurang-kurangnya sebulan sekali termasuk memasukan gambar-gambar dan info info menarik demi untuk manfaat sendiri dan pembacanya kalau ada
adios...
No comments:
Post a Comment