Sunday, April 24, 2011

jodoh pertemuan di tangan tuhan

baru baru ini saya mendengar tentang seorang saudara jauh melangsungkan perkahwinannya.. pada mulanya tidak ada yang peliknya tentang sesebuah perkahwinan itu, memandangkan jodoh telah sampai dan kenduri kendara berlaku seperti biasanya.

walaupun telah mendengar cakap-cakap keluarga sebelah pihak lelaki yang pada mulanya menentang perkahwinan tersebut, saya tidaklah ambil kisah sangat, biasalah tu.. tak kenal maka tak cinta.. suami saya hanya tersenyum mendengar jawapan saya yang win win situationlah katakan..

maka the fateful moments tu tiba, saya akhirnya bertemu dengan pasangan pengantin yang masih dalam suasana loving-loving hehehe honeymoon mood...

masyaAllah.. saya mengucap panjang kerana terperanjat. orait, pengantin lelaki berumur 20 tahun, dan pengantin perempuan ekhem.. 47 tahun.. malang sungguh saya terpaksa berterus terang disini, perempuan tersebut tersangatlah kelihatan tua dan tidak menarik perhatian langsung..

sebelum melihat sendiri pengantin perempuan (masa org cakap umurnya tua dari lelaki) saya membayangkan dia seorang yang mempunyai karisma dan cantik serta pandai bergaya, membuatkan seseorang yang bergelar remaja boleh terjatuh hati sampai berkahwin???

sangkaan saya jauh meleset.. ibarat tertelan kapur saya yang biasanya prop prep pop pret pun terkedu hehehe.. punyaaaa laaaaaaaahhhhh...

jadi saya mengambil kesimpulan jodoh pertemuan di tangan tuhan. saya tidak sampai hati bertanya apakah yang dilihat oleh si lelaki terhadap perempuan itu. maybe kebaikan hati dan sebagainya..

apa yang saya tahu si lelaki bersahabat baik dengan anak kedua wanita tersebut dan tup tup bunga cinta pun tumbuh semekar mekarnya..

ibarat kata ibu saudara saya, kalau jodoh sudah begitu suratannya, kenalah terima dengan hati terbuka.. bagilah mereka peluang hidup bersama.. and proof us wrong hahahaha

No comments:

Post a Comment