selamat tahun baru .. hijrah n masihi..
sedikit hari lagi tahun 2009 akan menjadi tahun lepas..
tahun ini saya rasakan banyak perubahan berlaku dalam hidup.. terutamanya jadual kerja yang semakin puntang panting.. serta kehidupan baru di tempat baru ...
semakin banyak cabaran yang berlaku.. namun saya menerimanya sebagai satu diploma untuk kematangan hati dan fikiran..
saya rindu pada suasana di kampung dimana waktu itu seluruh isi keluarga begitu erat dan kami menyambut semua perayaan dengan gembira.
tetapi kini hambatan tugas membuatkan semua orang semakin sibuk dengan langkah sendiri dan percaturan dalam membina kehidupan yang lebih baik juga memberikan jarak terhadap ikatan kekeluargaan..
sesekali bertemu pasti gamat tapi masa untuk duduk dan berketawa sambil teringat kisah sewaktu kecil dulu pun amat mahal harganya untuk dinikmati..
ketika balik kampung mata saya meratapi sawah padi yang kian mengecil lantaran pembangunan. di sawah ini saya pernah membanting tulang (samada bekerja atau pun bermain - pun kira banting tulang juga kan kan kan)..
di sawah yang sama ketawa kanak-kanak kami memecahkan kesunyian.. teringat peristiwa menaiki kerbau bersama si janah.. hahaahha manisnya tidak terulang.. teringat juga aruah tua laki yang naik angin dgn gaya kami membuat iklan 'BONIA' bersama jumpung (perahu kecil).. rugi korang tak tengok.. profesional tau kareographernya !
kini sawah itu hanya hadir sebagai lambang sahaja. saya lihat wajah mama, tua, babu mayah amat sayu setiap kali mata mereka menjeling ke tanah pusaka itu..
mungkinkah anak-anak saya tidak lagi menikmati aroma bunga padi berkembang ataupun bisikan pada menguning ?
Sunday, December 27, 2009
Wednesday, December 2, 2009
december kelabu part 2
masih lagi soal hati..
ada seseorang yang selalu merujuk saya dalam hal-hal peribadi dan hala tujunya. walaupun saya bukanlah seorang yang perfect.. maybe cara saya beliau rasa sesuai... lebih-lebih lagi kami sedarah..
saya tidak layak menasihati beliau dalam mencapai erti kehidupan beliau.. tapi apa yang saya selalu tekankan adalah selalu percaya pada hatimu... instinct.. walaupun secara hakikat kadang-kadang instinct yang kita rasa agaisnt all odd tapi believe me.. instinct kita selalunya benar.
dalam kehidupan kita tidak ada yang perfect.. lebih lebih lagi kalau dalam memilih pasangan hidup.. setiap suratan perjalanan yang tertulis sudah ditentukan olehNya.
saya selalu percaya ada sebab kita diuji dengan keputusan-keputusan yang berat dan menyesak serta menyeksakan....
kerana Allah mahu kita menggunakan hati kita... gunakan hati itu sepenuhnya untuk menentukan kehidupan sendiri.
motto saya sejak kecil adalah KEPUTUSAN BERAT ADALAH KEPUTUSAN YANG BERBALOI apa yang penting bukanlah keputusan yang kita buat.. kerana keputusan itu hanya merupakan salah satu cara..
yang utama bagaimana kita menghadapinya. bagaimana kita mempergunakan keputusan itu untuk kehidupan kita. bagi saya tidak akan ada keputusan yang silap dalam kehidupan asalkan itu adalah keputusan yang diambil oleh hatimu.. bukan keputusan bagi pihak orang lain yang merasakan keputusan MEREKA juga semestinya keputusan KAMU.
kalau keadaan betul-betul membengangkan apa-apa keputusan pun sebenarnya tetap ada pro dan kontranya.
Nah kan senang... yang penting apa pun yang hati kita inginkan.. laksana dan pikul sepenuhnya tanggungjawab daripada keputusan itu. berhenti menyalahkan diri sendiri atau orang lain. lihat kepada kebaikan jangan fokus kepada kelemahan.
kita belajar dari kehidupan ini berdasarkan apa yang kita alami sendiri. orang lain hanya boleh meramalkan bagi pihak kita tapi yang menjadikannya adalah kita sendiri.
berbalik kepada keputusan, kalau hati kita bertekad itu adalah keputusan yang terbaik maka akan jadi terbaiklah keputusan itu.. begitulah sebaliknya.
wahhh.. habis sudah ceramah kita hari ini... take care tata titi tutu

now its december
wah tak sedar penghujung tahun 2009 begitu mendekat.. dont blame me hehehe blame it on the rain..
walaupun bukanlah peminat setia lagu dangdut.. teringat lagu december kelabu... lagu itu pernah menjadi favourite ayah saya.. hehehe harap-harap dia tidak baca blog ni kerana pasti dia segan kerana lagu tu agak jiwang sedangkan imej beliau.. ehem ehem..brutal.. ampuuunnn paaaakkkk.
well december kelabu. apa yang harus saya catat hari ni.. sebenarnya banyak benda bersarang dalam kepala hotak ini.. tapi masa untuk menjelmakannya menjadi suatu tulisan agak terhad. saya tidak salahkan 24 yang diaturkan dalam satu hari.. hanyalah khilafnya saya yang sudah 36 tahun masih gagal mentadbir masa dengan baik.. eheeheh my mistake..
tak mahu menyentuh hari lahir yang baru berlalu. hari ini mau kongsi sedikit dengan kisah sebuah hati.
semua orang tahu bahawa hati itu hanyalah segumpal darah dalam tubuh kita sbagai manusia. tapi hati sungguh banyak implikasinya kepada manusia. baik apa yang terjadi selepas dan sebelum semuanya bermula dengan hati.
maybe tak perlu saya menyentuh tentang kisah hati yang berkaitan dengan kisah keagamaan, let that story been told by an expert.. hehhe
seketul hati ini banyak mencorak apa kejadian yang berlaku dalam hidup.
saya tidak tahu prinsip orang lain. bagi saya maybe typical bajau.. hati ini merupakan satu aset terpenting dalam hidup.
semua yang terjadi dalam hidup saya ini semuanya kerana hati saya.
saya selalu memujuk hati untuk bersabar tapi pada masa yang sama saya biarkan hati saya beraja...bagaimana..
contohnya..saya sentiasa bersabar dengan cakap-cakap beracun manusia disekeliling saya, yang sering cuba merosakkan hati ini dengan sengaja atau tidak???? tapi pada masa yang sama saya biarkan hatinya menjadikan diri saya sebagai saya... dapat ka ? paning jua ayat ku ni.. tapi dalam maknanya tu renung renungkan selamat beramal..
jgn bimbang dearest friend.. part 2 akan bersambung

Sunday, November 15, 2009
macam biskut
i just remember i had a blog spot last timee.
wow time really flies no matter you're having fun or not.. lol..
ive been very busy lately.. with all the responsibility on my shoulder.. gosh.. may be my brother was right.. i'm a workaholic..
a lot of thing happened here n there and sometimes i wonder whats more in store for mee
i'm praying that Allah the Mighty would spare me from another heart brokenn
that all guys

Wednesday, May 27, 2009
what have i done ?
wow lama juga tidak mengupdate blog ni.
banyak betul kerja sehingga tak menang tangan.maybe i yang tidak pandai mengagih masa..
hari ni nak cerita pasal seseorang la.. agak-agaknya dia kisah tak kalau saya bercerita tentang dia ni...
dia ni seseorang yang istimewa di hati.. tapi platonik la.. not in term of love.. hari ini menghampiri tahun ke 14 pemergiannya ke rahmatullah..
dia seorang yang cukup istimewa. karakter yang membezakan dia dari mana-mana lelaki yang pernah saya kenal. tidak sehensem mana, biasa-biasa ja.. tapi bak kata orang sekarang 'aura'nya sebagai seorang individu cukup menyerlah
ahh.. saat ini kalau dia masih hidup pasti dia sedang menikmati hidup yang mengagumkan..
tau tak kenapa tiba-tiba teringat tentang dia ? semalam saya terserempak dengan seseorang yang mempunyai iras-irasnya. amat terperanjat.. macam cerita winter sonata plak..

Wednesday, May 13, 2009
time passes by
my god.. rupanya terlalu lama tidak updated blog ini..
terlalu sibuk dengan tugas dipejabat. dengan projek baru semuanya perlukan perhatian segera..
bersambung tentang cerita sewaktu tadika.. tau apa terjadi ? dah tentulah mendapat 'habuan' dari ayah..
mama terperanjat beruk bila melihat saya sampai di halaman rumah seorang diri dan berjalan kaki.. tidak lama kemudian ayah sampai dengan tergesa-gesa. terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana pihak sekolah telah memberitahukan tentang saya yang lari dari perkarangan sekolah.
tak sempat berkata apa. ayah dukung saya dan masukkan ke dalam reban ayam... tiada lunch.. sampai petang meraung.. mama berjejeran air mata kasihankan saya tapi ayah sudah berpesan jangan dibenarkan keluar dari reban sehingga dia benarkan..
itulah kenangan paling pahit..luckily my dad bukan jenis memukul anak...

Wednesday, April 29, 2009
oopssss karma lagi
mmm.. kali ketiga menaip di post ini. ada orang berpendapat kecendrungan untuk menulis di blog ini umpama pembaziran masa.. maklumlah bukan untuk mengiklan..
like i said before.. tujuan blog ni adalah suatu medan menajamkan kemahiran menulis... so maybe juga i akan mengiklan produk kesukaan i but we will cross the bridge when the time comes.
sambungan tentang karma... apa sebenar nya karma tu.. sumpahan ke ? atau suratan atau kisas.. the truth is.. i really don't know.. nanti i cuba cari dari kamus dewan untuk inteprasi tepat.
zaman persekolahan saya biasa-biasa saja. nak kata cemerlang sangat pun tidak juga. nak kata corot pun tidak juga. saya memulakan persekolahan tadika di sekolah chung hwa papar. seterusnya di sekolah yang sama sehinggalah ke darjah 3.
ada kenangan pahit semasa berada dikelas tadika. pada waktu itu, setiap kali waktu rehat, ayah akan membawa saya keluar untuk makan pulut panggang kesukaan saya. tetapi suatu hari tu ayah memberitahu "esok tidak dapat bawa noey keluar kerana ada urusan hendak diselesaikan."
apa lagi meraungla saya tak mahu sekolah esok. untuk meredakan saya mama berjanji untuk mengantikan tempat ayah esok. iyalah sekadar cakap ja, pujukan supaya saya mau ke sekolah. padahal time tu bukan mama tau pun waktu rehat tu pukul berapa...
nak di jadikan kisah, esoknya saya pun pergi sekolah macam biasa. loceng rehat berbunyi dan dengan excited saya menunggu mama datang menjemput di pintu pagar sekolah.. alangkah hampanya saya mama tidak kunjung datang walaupun loceng masuk kelas telah berdering..
apalagi saya pun berlari keluar dari perkarangan sekolah. cikgu yang bertugas menjaga pintu pagar sekolah meraung melihat saya sudah keluar dari sekolah, sedangkan seperti diketahui ramai, sekolah chung hwa memang sangat particular about their students safety..keheheeh
dengan bangganya saya berjalan kaki sambil mengingati jalan balik ke rumah. syukur ayah sangat mempraktikan 'hal keselamatan jalanraya' kepada kami adik beradik. cara-cara melintas jalan, mana jalan dulu semuanya dipraktikan waktu itu..
yang lebih haru, ayah selalu berpesan jangan naik kenderaan orang lain kecuali ada pesanan direct dari ayah.apalagi sepanjang perjalanan balik ke rumah ramailah saudara mara pelik dan terkejut melihat saya berjalan kaki berseorangan.. sedangkan jarak dari rumah ke sekolah agak jauh.. masing-masing mempelawa saya naik kenderaan dorang.. jawapan klise saya.. "bapa pesan jangan naik kereta orang lain biarpun kenal kalau bapa tak bagi kebenaran.."
hahahahaha..nak tau tragedi apa berlaku.... tungguuuuuuu..

Tuesday, April 28, 2009
sebuah karma
dimana harus bermula.. baiklah apa kata kita berkenalan dahulu.
saya ni dilahirkan di kampung berundong papar. di mana ayah saya seorang bajau tulen berasal dari daerah kota belud. dan ibu saya berdarah campuran dusun-kedayan dan pelbagai 'perisa' bangsa lagi.. kami menetap di kampung kelahiran ibu dan dibesarkan untuk berbual fasih dengan bahasa brunei.
semasa zaman persekolahan tidak ramai yang percaya saya berdarah bajau kerana dialek brunei melayu yang pekat menjadi bahasa pertuturan...
kehidupan semasa kecil dan awal remaja amatlah sederhana, sesuai dengan kemampuan ayah saya menyara kami dengan gaji seorang pekerja rendah awam...
saya mempunyai dua orang adik iaitu seorang lelaki dan yang bungso perempuan.

aaah..langkah kedua
kelakar juga kerana kalut mencari bagaimana nak post komen seterusnya sedangkan belum log in lagi.. inilah namanya late comer.. agak ketinggalan sedikit.
tujuan blog ini hanyalah suatu perkongsian ikhlas dan cara untuk menajamkan kebolehan menulis.. manalah tau kot-kot pas ni boleh plak menyiapkan novel i yang baru separuh jalan dan hampir menjadi pekasam tuuuuu...

Friday, April 24, 2009
suatu permulaan yang baik
hari ini saya belajar membuat blog sendiri daripada seorang penuntut yang sedang buat praktikal. bukan susah sangat tapi taula dah tua camni memang ler berat jari mau taip
Subscribe to:
Posts (Atom)