Wednesday, December 2, 2009

now its december

wah tak sedar penghujung tahun 2009 begitu mendekat.. dont blame me hehehe blame it on the rain..

walaupun bukanlah peminat setia lagu dangdut.. teringat lagu december kelabu... lagu itu pernah menjadi favourite ayah saya.. hehehe harap-harap dia tidak baca blog ni kerana pasti dia segan kerana lagu tu agak jiwang sedangkan imej beliau.. ehem ehem..brutal.. ampuuunnn paaaakkkk.

well december kelabu. apa yang harus saya catat hari ni.. sebenarnya banyak benda bersarang dalam kepala hotak ini.. tapi masa untuk menjelmakannya menjadi suatu tulisan agak terhad. saya tidak salahkan 24 yang diaturkan dalam satu hari.. hanyalah khilafnya saya yang sudah 36 tahun masih gagal mentadbir masa dengan baik.. eheeheh my mistake..

tak mahu menyentuh hari lahir yang baru berlalu. hari ini mau kongsi sedikit dengan kisah sebuah hati.

semua orang tahu bahawa hati itu hanyalah segumpal darah dalam tubuh kita sbagai manusia. tapi hati sungguh banyak implikasinya kepada manusia. baik apa yang terjadi selepas dan sebelum semuanya bermula dengan hati.

maybe tak perlu saya menyentuh tentang kisah hati yang berkaitan dengan kisah keagamaan, let that story been told by an expert.. hehhe

seketul hati ini banyak mencorak apa kejadian yang berlaku dalam hidup.

saya tidak tahu prinsip orang lain. bagi saya maybe typical bajau.. hati ini merupakan satu aset terpenting dalam hidup.

semua yang terjadi dalam hidup saya ini semuanya kerana hati saya.

saya selalu memujuk hati untuk bersabar tapi pada masa yang sama saya biarkan hati saya beraja...bagaimana..

contohnya..saya sentiasa bersabar dengan cakap-cakap beracun manusia disekeliling saya, yang sering cuba merosakkan hati ini dengan sengaja atau tidak???? tapi pada masa yang sama saya biarkan hatinya menjadikan diri saya sebagai saya... dapat ka ? paning jua ayat ku ni.. tapi dalam maknanya tu renung renungkan selamat beramal..

jgn bimbang dearest friend.. part 2 akan bersambung

No comments:

Post a Comment