mmm.. kali ketiga menaip di post ini. ada orang berpendapat kecendrungan untuk menulis di blog ini umpama pembaziran masa.. maklumlah bukan untuk mengiklan..
like i said before.. tujuan blog ni adalah suatu medan menajamkan kemahiran menulis... so maybe juga i akan mengiklan produk kesukaan i but we will cross the bridge when the time comes.
sambungan tentang karma... apa sebenar nya karma tu.. sumpahan ke ? atau suratan atau kisas.. the truth is.. i really don't know.. nanti i cuba cari dari kamus dewan untuk inteprasi tepat.
zaman persekolahan saya biasa-biasa saja. nak kata cemerlang sangat pun tidak juga. nak kata corot pun tidak juga. saya memulakan persekolahan tadika di sekolah chung hwa papar. seterusnya di sekolah yang sama sehinggalah ke darjah 3.
ada kenangan pahit semasa berada dikelas tadika. pada waktu itu, setiap kali waktu rehat, ayah akan membawa saya keluar untuk makan pulut panggang kesukaan saya. tetapi suatu hari tu ayah memberitahu "esok tidak dapat bawa noey keluar kerana ada urusan hendak diselesaikan."
apa lagi meraungla saya tak mahu sekolah esok. untuk meredakan saya mama berjanji untuk mengantikan tempat ayah esok. iyalah sekadar cakap ja, pujukan supaya saya mau ke sekolah. padahal time tu bukan mama tau pun waktu rehat tu pukul berapa...
nak di jadikan kisah, esoknya saya pun pergi sekolah macam biasa. loceng rehat berbunyi dan dengan excited saya menunggu mama datang menjemput di pintu pagar sekolah.. alangkah hampanya saya mama tidak kunjung datang walaupun loceng masuk kelas telah berdering..
apalagi saya pun berlari keluar dari perkarangan sekolah. cikgu yang bertugas menjaga pintu pagar sekolah meraung melihat saya sudah keluar dari sekolah, sedangkan seperti diketahui ramai, sekolah chung hwa memang sangat particular about their students safety..keheheeh
dengan bangganya saya berjalan kaki sambil mengingati jalan balik ke rumah. syukur ayah sangat mempraktikan 'hal keselamatan jalanraya' kepada kami adik beradik. cara-cara melintas jalan, mana jalan dulu semuanya dipraktikan waktu itu..
yang lebih haru, ayah selalu berpesan jangan naik kenderaan orang lain kecuali ada pesanan direct dari ayah.apalagi sepanjang perjalanan balik ke rumah ramailah saudara mara pelik dan terkejut melihat saya berjalan kaki berseorangan.. sedangkan jarak dari rumah ke sekolah agak jauh.. masing-masing mempelawa saya naik kenderaan dorang.. jawapan klise saya.. "bapa pesan jangan naik kereta orang lain biarpun kenal kalau bapa tak bagi kebenaran.."
hahahahaha..nak tau tragedi apa berlaku.... tungguuuuuuu..
No comments:
Post a Comment