dimana harus bermula.. baiklah apa kata kita berkenalan dahulu.
saya ni dilahirkan di kampung berundong papar. di mana ayah saya seorang bajau tulen berasal dari daerah kota belud. dan ibu saya berdarah campuran dusun-kedayan dan pelbagai 'perisa' bangsa lagi.. kami menetap di kampung kelahiran ibu dan dibesarkan untuk berbual fasih dengan bahasa brunei.
semasa zaman persekolahan tidak ramai yang percaya saya berdarah bajau kerana dialek brunei melayu yang pekat menjadi bahasa pertuturan...
kehidupan semasa kecil dan awal remaja amatlah sederhana, sesuai dengan kemampuan ayah saya menyara kami dengan gaji seorang pekerja rendah awam...
saya mempunyai dua orang adik iaitu seorang lelaki dan yang bungso perempuan.
No comments:
Post a Comment