Tuesday, August 27, 2013

kemana hilangnya sifat hormat

morning dearest..biasalah blogger biskut chipsmore..now you see it now you dont..hehehe..lama sangat tidak mengupdate..belum terlambat mengucapkan selamat hari raya..hari ini 21 syawal dah..

apa yang ingin ku kongsikan adalah satu cerita yang ku nampak..ku rasa dan ku perhatikan..

aku sebenarnya merasa hairan dan pelik dengan sikap sesetengah remaja yang kurang rasa hormat kepada orang yang lebih tua.. aku tidak suka lagak mereka yang sombong, kasar dan 'cocky'..kalau waktu gembira ketawa terjerit jerit tidak mengira waktu magrib atau malam..bila sudah marah terjerit-jerit dengan muka ditampar malaikat dengan berjalan menghentak kaki..

alahaaaaiiii..sedarkah dia bahawa dia tinggal bersama-sama dengan orang lain..ramai lagi yang lebih tua daripada dia..kenapa biadab sangat ?

aku rasa sedih melihat ibunya yang langsung tidak dihormati..seingat aku kalaulah zaman dulu dia berperangai macam ini lama sudah ditembak dengan senapang gajah hehhe

apa yang paling aku tidak suka ialah dia cuma ingat kepala anginnya saja..sesuka hati melayankan perasaannya seolah olah orang lain tiada perasaan..nasib baiklah bukan adik kandung atau anak saudaraku... kalau tidak lama sudah ku SOUND SYSTEM kan..

hehehe..

Thursday, May 9, 2013

its been a while

hi hi hi..its been ages since i had updated my blog..so sorry my part of mistakes and i always blame it on the rain..

hi dears followers.. sorry for not being there for you all..

today is 10.05.2013 just like a blink of an eye then suddenly its nearly mid-year of 2013..time do flies no matter what we do..

mmm a lot of thing happened lately..i never dream it will be unfold to be like this..far too different from what i had imagine and far too catchy that what my i think will transpire from all those tears i cry...but what the heck..i'm knew Allah wont let me eat whatsoever food i can't chewed on..right ????? who else know better than the Almighty..

there's one short story i want to share with you all..you can either make you own conclusion or assumption, its an open book.. i rather let you fulfill your wild imagination than not hahahaha

there a single mom..she's a very simple lady, some like her as much as other hate her..she doesn't even care what people think of her.. she had been in a relationship with a very sound and stable man.. and the flames i told you..enough to burn all years long..uhuhuh

but so sudden the table turned..she met with someone new..totally opposite of her flame..but against all odd..she fall deeply in love with him..he is nothing to compare with her man, nothing at all..not the looks..not the money..not even the attitude towards her..

but, it called love..she never hesitate when he ask her hand for marriage..and the rest of the story is history..

thats all adios 




Wednesday, November 28, 2012

mimpi sedih

setelah sekian harinya berhenti menaipkan entri hari ini hati ku tergerak untuk mengongsikan sedikit cerita..bagi sesiapa yang mengikut blog ini sememangnya sudah mengerti erti penama ZIM kepadaku..

lewat minggu lepas ZIM mendatangiku dalam mimpi..sebenarnya aku juga tidak mengerti kenapa aku harus bermimpi bertemunya..mungkinkah minda di bawah sedarku yang menciptakan mimpi tersebut..

aku akui sememangnya aku tertekan dan bersedih minggu lepas..saat hatiku merintih jiwaku menangis kerana keadaan yang tidak menyebelahi aku..waktu aku terlelap dengan sisa airmata aku bermimpi menemui ZIM..

dia duduk dibangku kayu sama seperti dalam mimpiku yang sudah sudah dan aku juga duduk disebelahnya memandang jauh ke saujana pemandangan waktu senja yang berbalam indah..

noey.. suara ZIM bergetar menusuk kehatiku..janganlah menangis lagi..aku merasa tidak tenteram kerana tembusan suara tangisanmu.... seusai ZIM melafazkan kata itu..dalam mimpiku aku mengalirkan airmata.  aku merasa sebak kerana dia mengakui tidak tenteram.

aku jawap..Maafkan aku, aku tidak sengaja.  tapi aku rasa sedih kerana apa yang ku harapkan masih belum menjadi kenyataan..tapi aku tidak dapat halang diriku dari menangis..ujarku demikian.

ZIM tersenyum dan senyumannya juga menusuk jantungku kerana apa aku pun tidak tahu.  aku gembira untukmu Noey..aku tau hatimu telah temui apa yang aku telah bawa pergi.. aku hairan dengan kata ZIM sedemikian, macam sukar untuk aku cernakan waktu itu..

tapi berhentilah menangis sudahlah..kemudian ZIM pegang pipiku..seka air mataku dan bangun untuk berlalu pergi...bila aku tersedar pipi n bantalku basah dengan air mata..sehingga saat ini aku masih tertanya tanya erti mimpiku..

tapi ZIM terima kasih kerana mengunjungiku saat aku bersedih dan perlukanmu..aku telah hadiahkan  fatihah untukmu lambang kasih sayangku..

Friday, August 31, 2012

segalanya sudah berakhir part 3

biar aku kongsikan sedikit cerita ini.. cuma secebis dari yang banyak..dan itulah peristiwa yang membuatkan aku bangkit dan meminta jalan perpisahan

hari itu merupakan hari yang sangat sibuk bagi aku.  ada sedikit kerja yang perlu tandatangan pengarah dan aku menyiapkannya sejak dari pagi hingga ke lewat petang kerana pengarah akan berada diluar pejabat mulai dari keesokannya.

aku lega bila kerjaku selesai dan sedang berkemas kemas untuk pulang.  tiba-tiba telefonku berbunyi dan pangilan dari dia.  setelah 3 hari tidak pulang ke rumah..tanpa telefon atau sms bertanyakan khabar kami atau memaklumkan di mana dia berada tiba tiba pada petang itu dalam jam 6.10 minit dia menelefonku.  seperti biasa aku menjawab..

Dia : dimana ko ni
Aku : diofis
dia : lambat juga ko balik pukul berapa sudah ni.  hah..aku dirumah si lalai ni hantarkan aku duit rm300.

aku terkejut dengan permintaannya.
Aku : aku mana ada duit banyak tu..untuk apa
Dia : jangan lagi kau banyak tanya.  aku mahu pakai duit.  kenapa nda boleh kah.  oo kalau kau boleh pula ko berbelanja beribu-ribu..kalau aku nda boleh..

dia menjerit di telefon sambil memaki aku @@#$$%%^

Aku : aku berbelanja pun utk keluarga dan menggunakan duitku sendiri..aku tidak mahu bagi
Dia : perempuan &**%^^ aku tau kau curang sana ada boy friend.. balik ko ke rumah kau taulah nasibmu kalau kau nda bagi duit.
Aku : aku tetap tidak mahu bagi
Dia : memang dasar keturunan sundal dasar keturunan anjing..$%^&& kalau ko tidak bagi ku bakar rumah tu.

kerna tidak tahan dengan maki hamun dia..aku yang masa tu mmg sudah stress dan penat juga turut naik angin.

Aku : aku tidak mahu..CERAIKAN aku..aku tidak tahan sudah dengan kau..ceraikan aku..

demikianlah permulaannya..malam itu aku takut untuk balik ke rumah dan aku menumpang tidur di hotel kebetulan adik kandungku sedang outstation dilabuan..

sebenarnya kejadian maki hamun, sumpah menyumpah ini sudah menjadi tabiatnya sejak kami mulai berkahwin..setiap kali mabuk dan bersuka suka di luar rumah..bila sahaja dia balik..yang menjadi mangsa kemarahan adalah aku.  aku pun tidak tahu kenapa dia bersikap demikian.

aku pernah bertanya pada dia kenapa dia suka memaki hamun dan memarahi aku sebaik sahaja dia balik ? dia menjawap dia sendiri pun tidak tahu..cuba bayangkan kehidupan ku selama 9 tahun menahan hati..bukankah akhirnya pertahananku roboh juga..

aduhai..akan bersambung..

segalanya sudah berakhir part2

aku tergerak untuk menulis lagi sambungannya hari ini..segalanya ini merupakan luahanku sahaja semata mata.  bukan untuk mencari kesalahan ataupun apa tapi sekadar sebuah luahan hati.

aku tidak mengerti akan sikap lelaki ini.  semasa aku masih sah menjadi miliknya sedikitpun dia tidak ingin mengambil endah apa yang kulakukan.  apatah lagi memerhatikan segala sikap dan perbuatan malah tidak pernah mempertikaikan dengan siapa ku berkawan.

tapi kenapa bila sudah jalan terpisahan terbentang dan aku sedang melaluinya..mendadak cemburunya meningkat.  kecurigaannya bertimpa timpa.. hairan bukan..

dia menuduh perpisahan kami ada kena mengena dengan orang ketiga..ada kena mengena dengan perbuatan sihir seseorang..hakikatnya dia tahu mengapa.  dia mengatakan perubahanku mendadak hingga sanggup meminta perpisahan.. sebenarnya aku malas mahu bertengkar kerana akhirnya hatiku juga yang menangis.

aku ingat lagi tentang sikapnya yang tidak pernah menghargai aku sepanjang perkahwinan kami.  aku ini hanya merupakan lambang sahaja dalam rumahtangga.  dia juga suda terbiasa ada segala-galanya ku sediakan..

sekiranya dia ingin berbuat sesuatu yang nyata tidak ku sukai, tak akan pernah dia mempertimbangkan perasaan ku, dia memperlakukan aku sesuka hatinya.

aku sudah selalu mengingatkannya..tolong hargai aku selagi aku masih sayangkan kau.  tolong hargai perasaanku kerana sekiranya aku sudah tidak sayang..sukar untuk aku bertahan dan menerima semua perbuatanmu terhadapku.

arak dan judi serta kecenderungan mengunjungi pusat hiburan.. inilah yang tidak pernah dapat ditinggalkannya.  bayangkan apa perasaan mu sebagai isteri bila suami mu tidak balik berhari hari ke rumah kerana sibuk mencari hiburan diluar.. dan bayangkan perasaanmu bila dia balik maki hamun dan sumpah seranah yang disemburkan..

tidak sekali dia pernah mengungkapkan maaf atas semua perbuatannya.  setiap kali menerima duit, setiap kali itu juga dia tidak akan pulang kerumah..bukan sekali dua malah berkali kali..

Wednesday, August 29, 2012

segalanya sudah berakhir..part 1

segalanya sudah berakhir.. ia bermula pada 29 Ogos 2003 dan berakhir pada 19 Ogos 2012 setelah 9 tahun dihempas badai dan gelombang..mencuba untuk melakar kenangan indah dan akhirnya kecundang lagi.. kali ini kecundang ini agak berbeza kerana ianya berlaku atas permintaan ku sendiri..

bukan senang mengharung hidup bersama dia..tapi aku juga tidak nafikan pernah bahagia.. sebenarnya apa yang terjadi sememangya ketentuan dariNya sebagaimana tersurat dalam Loh Mahfuz.

apa yang ingin aku kongsikan adalah kenapa aku akhirnya meminta jalan perpisahan.  sekian lama aku hanya bertahan bertahan dan bertahan..bersabar bersabar dan bersabar..namun sampai bila harus aku pertahankan kalau tiada perubahan yang berlaku.

dalam kehidupan rumahtangga kami aku merasakan hanya aku sahaja yang berkayuh untuk menyampaikannya ke destinasi.  sekiranya kapal kami berlubang aku menampalnya supaya tidak karam.  namun sebaliknya tindak tanduknya hanya menambahkan lagi keuzuran bahtera kami itu.

aku sudah lali bila dia menuduh ku mempunyai orang ketiga kerna meminta perpisahan.  sesekali tak akan dia mengaku bahawa semua yang terjadi adalah anyaman indah hasil perbuatan dan sikapnya.  malah seluruh marga keluarganya telah dijaja cerita tentang kecurangan ku.

bagi ku terpulanglah kepada dia.  kau boleh cipta semua cerita.  kau boleh jaja semua perkara tentang kecuranganku.  tapi jauh disudut hatimu aku yakin kau tahu kenapa ini semua terjadi..bukankah aku sering kali berkata..selagi aku masih menyintaimu menyayangimu tolong lah hargai aku.  tolonglah jaga perasaanku.  jangan biarkan aku menangis.  jangan sakiti hatiku.. saban waktu tahun demi tahun itulah rayuanku kepadamu.

aku sudah terangkan kepadamu.  aku ini amat pemaaf orangnya kerana kau ku sayangi.  tapi yang kupinta cuma penghargaan..itu sahaja.  tapi 9 tahun berlalu... sedikitpun kau tidak mengambil endah perkara itu.  kau terus terusan melakukannya..

melukaiku..menyakitiku..aku juga sudah tegaskan kepadamu..sekali aku sudah mengambil keputusan, aku tidak akan berpaling lagi walaupun nyawaku sebagai galang gantinya.. aku rasa peluang 9 tahun sudah terlalu panjang aku berikan.

kini aku merasa lega...kadang kadang terdetik rasa kasihan terhadap mu..tapi bagaimana aku memikirkan untuk kembali sedangkan kau lampiaskan kemarahanmu sehingga ke tahap ugutan ingin membunuhku ?  kalaulah aku ini tidak bersimpati denganmu lama sudah aku membuat laporan polis atas perbuatanmu..

adakah kau lupa kau mengugut aku dengan skru driver..atau pisau..walaupun kau kata kau tidak akan sampai hati untuk mengunakannya terhadapku..tapi adakah kau pasti..aku sudah katakan padamu..kalau kau rasa dengan membunuhku membuat kau senang dan tenang..dipersilakan..tidak mengapa aku mati ditanganmu.. sudah ku ungkap kata itu..

maka haruslah dirimu mengerti dan cubalah renungkan..

Sunday, April 22, 2012

being happy

wah.. teringin pula mengupdate blog lama sudah tidak menulis sesuatu kan ? tajuk ku ringkas sahaja iaitu being happy.. menjadi seorang gembira.. nampak macam senang tapi bukanlah semudah itu kan guys ?

banyak ups and downs dalam kehidupan ini. masalah rumah tangga masalah perasaan semuanya kadang-kadang tidak dapat dikongsikan dengan rakan-rakan. akhirnya aku mencipta formula sendiri iaitu 'happy essence'.. di mana setiap kali masalah ku timbul akan ku titikan beberapa titis esen gembira di dalamnya. walaupun hakikat hati itu sakit dan terluka sekurang kurangnya aku mengalihkan tumpuanku terhadap esen tersebut memikirkan bagaimana untuk menjayakannya..

nampak seperti orang tak betul hahaha.. tapi ku rasa caraku ini berkesan untuk diriku. setiap kali hatiku dilukai akan ku tuang esen gembira banyak banyak dan ku hiburkan diriku dengan cara yang aku sukai..

kadang kala apabila sudah selalu dilukai perasaan itu telah mati. dan untuk mengelak aku ikut sama mati.. aku akan mencari jalan untuk menghidupkannya. aah.. begitulah kehidupan kadang kala sama sekali tidak kita faham kenapa putarannya berlaku sedemikian..

hari ini aku sedikit gembira kerana bertemu rakan-rakan lama yang gila-gila membuatkan aku tersenyum biarpun dalam menangis hehhe hebatkan mereka.. menemui mereka seumpama menemui aku yang dahulu.. seorang yang sentiasa happy care free dan caring.. itulah sifat sebenar aku..

nah itu sajalah catatan ku hari ini semoga bertemua lagi adios..