aduhai, apalah gerangan salah wanita, terkadang selalu menjadi mangsa keadaan. mungkinkah diri wanita itu sendiri yang membiarkan dirinya dipergunakan ? ataukah memang benar seorang wanita ini amat lemah dan mudah menjadi mangsa..
saya khususkan penulisan saya kali ini dengan kisah kak lisa (tentulah bukan nama sebenar) yang berasal daripada selatan sabah (tentulah bukan tempat sebenar). wanita ini merupakan seorang ibu tunggal dan datang ke labuan untuk mencari rezeki bagi meneruskan hidupnya. kerja pun biasa-biasa saja, sesuailah dengan pelajarannya yang tidak seberapa.
dalam lingkungan umur seperti kita-kita juga, tentulah agaknya wanita ini agak kesunyian kerana telah lama hidup menjanda. dipendekkan cerita si wanita tersebut akhirnya terbuka hati utk menerima seseorang dalam hidupnya. si lelaki adalah seorang kakitangan kerajaan (jenis tentera -kerja sebenar dirahsiakan)
maka terjalinlah hubungan mereka. kak lisa sungguh serius dlm hubungan mereka ini. dan si lelaki nampak seakan serius, hingga sanggup bertunggu tangga di rumah kak lisa siang dan malam, dan hubungan tersebut sudah melangkaui tahap suami dan isteri (ekhem)
nak dijadikan cerita, ketika si lelaki sibuk melepaskan dihajat di tandas, hp yang tak berhenti berdering menarik perhatian kak lisa lalu cuba untuk menjawapnya. namun pangilan terputus tanpa sempat bercakap.
entah secara tiba-tiab kak lisa tergerak hati utk melihat inbox sms si lelaki. membaca satu demi satu antara beratus-ratus sms dlm hp tersebut membuatkan kak lisa menggigil kemarahan, mana tidaknya, si lelaki yang disayang separuh nyawa dan dilayan seperti suami rupanya masih suami orang...
rupa-rupanya kak lisa selama ini tertipu oleh si lelaki hidung belang. dek kerana terlalu marah dan geram tetiba kak lisa mengambil parang dan akhirnya terjadilah kejadian kejar mengejar berkilo kilo meter jauhnya...
pointnya sekarang, saya simpati dengan kak lisa kerana telah tertipu dengan wayang seorang lelaki. namun saya tidak salahkan kak lisa, mungkin hidupnya terlalu sunyi membuatkan kehadiran si lelaki tadi dpt diterima dengan mudah sekali
marahnya saya pada lelaki tersebut yang sanggup mempermainkan hati wanita. sampai hatinya merendah-rendahkan martabat wanita yang telah banyak berkorban untuknya (maksud saya isteri si lelaki dan juga kak lisa)
padahal terciptanya kita pun asalnya kerana Allah lihat kesunyian pada hambaNya Nabi Adam, artinya kita ini adalah pelengkap kehidupan seseorang yang bergelar lelaki.. mengapa di zaman ini lelaki terlalu mengambil mudah kehadiran kita sebagai isteri di sampingnya.
malah perkara sebegini bukanlah perkara yang menghairankan.. malah banyak kes lagi yang dasyat dasyat menimpa dalam rumahtangga kawan-kawan juga kerana karenah suami dan wanita itu sendiri..
apa yang dapat ku simpulkan, sebagai wanita kita hendaklah menjaga diri kita dan keluarga kita sebaik-baiknya. buat wanita diluar sana yang mendambakan seorang lelaki, pertimbangkan, selidik dan istikarahlah sebelum membuat keputusan..
kerana yang berlaku tidak akan dapat di liquid dengan blanko lagi.. akan menjadi coretan hidup. yang penting kita berusaha menjaga diri dan keluarga sebaiknya.. tentang ketentuan tuhan biarlah Allah yang menentukan, asalkan kita sudah berusaha sebaiknya keputusanNya pasti ada hikmahnya...
oh nurin, mmg lumrah dunia kdg wanita dipemainkan, tapi yg peliknya.. nak dipermainkan oleh mana-mana makhluk tuhan ni sebenarnya tak la semudah itu melainkan kita sendiri yang merelakan... kalau dlm kes kak lisa tu, mungkin jg kak lisa sedar akan risikonya bila dia benarkan hubungan mereka jadi mcm tu, melainkan hubungan mereka ada ikatan pertunangan ke apa ke... tpi ada juga org, bila mereka ni dah fobia dengan perkahwinan (tpi bukan fobia dengan lelaki)..
ReplyDeletekesimpulan pendapat saya, sebenarnya tidak semudah itu kita mahu dipermainkan.. tiap apa yang kita buat ada caranya... cara ni tk betul, kita cara lain lagi, sampai menjadi... kalau tak jadi2 juga... minta lah pandangan orang ketiga... apa pun semua ini tuhan juga yg tentukan...
dem, rugi ooo.. patut survey dulu, baru tah
ReplyDelete