Tuesday, May 3, 2011

may may may...

helllo everyone.. camana cuti panjang ?seronok ka.. aku nda cutilaaa lum ada peluang.. tapi hujung bulan ni aku cutiiii awas laaaa org orang di seberang aku mau cari sponsor tengok tranformer hahahahaha

sekarang sudah bulan may.. menoleh sebentar kebelakang untuk melihat pencapaianku setakat ini dan syukur, Allah masih terus memberi rahmat kepada ku dan keluargaku semoga dengan kerahmatanNya menjadi aku dan ahli keluargaku seorang yang bersyukur dan mengekalkan rendah hati..

beberapa waktu ni tidak ada info menarik untuk dikongsikan.. cuma cerita tentang seorang ayah yang aku amat simpati nasibnya.. kira-kira kisahnya begini..

ayah ini sudah berumur dan agak uzur juga tetapi masih juga dapat bergerak ke sana sini tanpa bantuan.. buat masa ini si ayah tinggal dirumah yang dibeli sendiri (sudah lama dan kecil, 2 bilik sahaja) bersama anak kesayangan dan isterinya seorang warga asing.

selalu juga si ayah mengadu dengan ku tentang sikap sang menantu dan si anak yang terkadang menguris hatinya.. aku cuma mampu mendengar dan menemaninya berbual.. byklah kisah2 diceritakan oleh pakcik tersebut membuatkan kadang kala aku terfikir, kenapalah orang tua sebegini dilayan seperti ini...

hendak dijadikan cerita, satu hari tu dtglah adik si isteri dari negara pangakosayonya.. macam-macam ulah si adik sampaikan benar-benar sakit hati melihat dan mendengarnya..

tiada rasa hormat sedikitpun terhadap orang tua, malah ketika pakcik tu sedang nyenyak tidur dalam biliknya, tiba2 si wanita ni menyerbu masuk ke dalam bilik melangkahi org tua yg sedang berbaring dan mengambil baju2 (sebelum tu bilik si pakcik dijadikan stor tempat menyimpan barang hingga kan mau tidurpun sempit - bayangkan bilik 10' x 10' disumbat dengan almari pakaian dan byk benda lagiiii)

malah pakaian, pinggan mangkuk yg disimpan rapi oleh si bapa ini, peninggalan aruah isteri tercinta (mungkin ada sentimental value) terus dibuang tanpa menanya pendapat pakcik tersebut..

kesiaaaan.. apa agaknya yang sepatut kita buat ????

No comments:

Post a Comment