Thursday, March 4, 2010

tribute to zim..

mac datang lagi...

setelah 15 tahun berlalu bagaimana agaknya rupa kamu zim..

maafkan saya kerana masih menyimpan kamu di suatu sudut istimewa dalam hati saya. pastinya kamu sedikit marah kalau kamu mengetahuinya kan. sedangkan kamu sering memberitahu saya lewat mimpi menyuruh saya menjalani kehidupan dengan gembira dan ceria..

janganlah salah tafsir, hadirnya kamu dalam hati saya tidak mengugah kenyataan yang saya ini milik orang..hakikatnya itulah keistimewaan isi hati saya..

saya tidak tahu kenapa pertemuan kita twisted sampai begitu sekali. bermula sewaktu kita belajar di kuching kemudian terputus hubungan dan bertemu semula dalam situasi yang agak berbeza, satu tempat kerja..

banyak kenangan lucu dan maniskan.. ingat lagi tentang rambut kamu dan persamaannya dengan jet li waktu itu.. hahaah hanya kita berdua saja yang merasakan significantnya wayang waktu itu 'bodyguard from beijing..'

saya masih ingat usikan kamu sewaktu saya hendak bertukar tempat tugas. kamu berjaya membodohkan saya menyuruh mengeluarkan wang sebanyak mungkin kerana tempat tersebut begitu jauh dipendalaman dan tiada bank. apalagi saya pun tertipu dan berbuat demikian. sebaik sampai ditempat tersebut, 3 bank terpampang di pandangan.. saya masih ingat kekekan ketawa kamu..

sebelum berpindah kamu menanyakan soalan cepumas kepada saya. kamu bertanya adakah kamu akan menangis kalau saya mati.. sudah tentulah saya menjawab tidak, malah saya kata buang masa saja saya menangis untuk kamu kerana kita bukannya ada apa apa hubungan...

kamu juga berkata kepada saya yang kamu yakin saya akan berkunjung ke rumah ibu bapa kamu dikampung.. saya menjawab tidak mungkin saya akan berkunjung ke rumah kamu kerana saya tidak tahupun di mana rumah mereka..mmmm

kamu juga bercerita tentang seorang abang sulung kamu yang amat kamu sanjungi.. walaupun jarak umur kamu berbeza dan hubungan kamu tidak rapat kamu amat mengaguminya. sering kali kamu bercerita tentang abang kamu tentang kehebatan bakat bermain bola sepaknya..

dan sekali lagi takdir berputar untuk saya.. ketika berada ditempat kerja baru saya mendapat seorang abang angkat yang amat berbakat dalam bolasepak.. hubungan kami rapat dan dia benar benar menjadi mentor kepada saya.

saat saya mendapat tahu peristiwa hitam itu, kamu tahu apa yang terjadi ? ternyata saya menyanggah kata kata sendiri. saya menangis dan menangis seperti hilang akal. dan yang lebih menghairankan saya berjaya menemui rumah ibu bapa kamu meskipun saya tidak pernah ke sana. kamu tahu, setelah mendapat berita buruk itu, saya terus menaiki teksi menuju ke kampung halaman kamu dan berhenti secara rambang di dalam kampung itu untuk bertanya di manakah rumah kamu.. tahu tidak, saya berhenti depan rumah kamu.. percaya atau tidak saya lebih dahulu sampai di rumahmu berbanding dengan rombongan jenazahmu.. pelik kan ?

maaflah saya tidak dapat ikut menghantar kamu ke persemadian. masa tu saya uzur jadi saya memang tidak dapat menatap wajah kamu buat kali terakhir..tapi saya redha. ketika sedang duduk di dapur seorang wanita menghampiri saya dan bertanya siapa saya dengan kamu ? saya menjawab rakan sepejabat. wanita itu bertanya adakah kamu yang bernama noey ? saya terperanjat dengan pertanyaan itu dan cuma dan mengangguk.

tidak lama kemudian, ibu kamu duduk bersimpuh disebelah saya. saya lihat dia begitu tenang. masih saya ingat di memegang lembut tangan saya dan berkata, kalau kamu mahu menangis, menangislah sepuas hati jangan ditahan-tahankan..makcik sudah tiada air mata untuk dikeluarkan.. selepas itu luruh segala air mata untuk kamu. runtun jiwa raga ini kerana kamu.. teringat saya lagu kesukaan kamu if tomorrow never comes... kamu kata lagu tu lagu lama dan sungguh menghibakan apabila didengar.. tahukah kamu setelah kamu pergi beberapa tahun, ronan keating menyanyikan semula lagu tersebut... hah lagu itu mengundang lagi airmata saya setiap kali mendengarnya.

berbalik semasa hari pengebumian kamu. apa yang paling ironi adalah setelah tamat persemadianmu.. sesusuk wajah yang paling saya kenal ada bersama di rumah kamu.. ia abang sulung kamu itu adalah merupakan abang angkat yang aku selalu ceritakan pada kamu.. hahahaha rupanya kita mengagumi orang yang sama.. airmata abangmu mengalir ketika ku ceritakan tentang tanggapanmu terhadapnya...

kini 15 tahun kamu di sisiNya..pasti kamu dikelilingi oleh bidadari yang jelita.. menikmati alam barzah kamu dengan bahagia..janganlah risau dengan saya.. saya masih meneruskan hidup ini, terima kasih juga kerana masih mengunjungiku dalam mimpi-mimpiku...

saya teringat kata-kata terakhir kamu

No comments:

Post a Comment