dahulu saya melihat mereka yang mempunyai kelebihan material adalah insan yang paling bahagia di dunia ini. jangan salahkan saya kerana faktor kehidupan kami yang sederhana membuatkan fikiran saya sentiasa berputar mencari idea bagaimana memberikan kesenangan untuk keluarga..
kini kehidupan saya masih begini, tidak juga susah. tidak jugak senang..biasa biasa sahaja. saya mulai melihat material itu daripada perspektif yang berbeza..
hakikatnya siapa yang tidak mahu hidup senang.. siapa yang tidak mahu bebas hutang ? tetapi kadang kala apa yang berlaku adalah berlawanan daripada keinginan hati kita.
hari ini saya benar-benar tertanya apakah erti sebenarnya kebahagiaan itu. mampukah kita bahagia tanpa wang ? perlukah wang untuk bahagia ?
bagaimana agaknya rupa bentuk satu hati yang bahagia ?
No comments:
Post a Comment