Thursday, September 8, 2011

hati yang luka

bagaimanakah perasaan anda sekiranya hati anda berulang kali dilukai oleh seseorang yang dianggap saudara sendiri.. yang dijaga dan dianggap sebagai adik kandung.. mungkinkah belum terbayang kerana anda belum mengalaminya..

sebenarnya halusnya isihati saya sebagai seorang kakak terhadap adik adik meskipun ada yang bukan darah daging sendiri tapi di terima dan dilayan tanpa beza. semenjak adik adik masih lagi remaja dan kecil mereka tidak sedar bahawa kakaknya ini tidak jemu berkorban untuk mereka. saya tidak pernah berkeluh kesah akan kesusahan hidup kami.. tapi pada masa yang sama berusaha untuk menyenangkan sedikit kehidupan..

masa saya mulai bekerja saya sentiasa cuba memberikan terbaik buat adik adik yang ada.. kini masing masing sudah dewasa. ada yang sudah berumah tangga dan ada yang masih dalam perjalanan ke sana..

namun kadang kadang kelopak hati ini mudah gugur apabila dihujani kata-kata beracun. saya tidak tahu.. benar benar tidak tahu mana punca dan silap saya yang menyebabkan dia suka menyakiti hati ini..

tergamak dia menjeritkan kata-kata seperti patutlah saya dicerai kerana saya mandul.. waktu itu saya tahan air mata dari gugur didepan mama dan hanya saya titiskan sewaktu dalam bilik. bimbang mama melihat kesan airmata saya dan mama akan menyimpan kesedihan sama terhadap kata-kata beracun tersebut.. bayangkan apa pula perasaan suami yang baru mendengar kata-katanya.

sejak dari itu suami saya tersinggung dengan kata-katanya. malah selalu menegur bila dia menengking mama, memaki hamun mama. malah suami saya tidak lagi mahu makan masakannya, bukan kerana dia pengotor, tetapi kerana sikap kurang ajarnya terhadap mama. walaupun sebenarnya kadang kala dia makan juga masakannya tetapi selalunya suami saya sanggup memasak sendiri daripada memakan masakannya.


dari hari kehari pelbagai kesakitan yang di timbulkan semuanya dari kata-kata dan perbuatannya. sikapnya yang memberontak dan mendesak mama meletakkan mama ditempat yang sungguh serba salah. seingat saya, sebagaimana hebat pergaduhan saya bersama bapa, belum pernah menitis darah dari tubuh bapa kerana saya.. tapi dia sudah melakukannya entah beberapa kali.. kali terakhir bila kaki bapa luka dalam dan sayalah yang mengubati kaki bapa selama beberapa hari.. gugur airmata ini bila melihat kaki bapa jadi begitu.. namun sembunyikan sahaja dengan gurau senda dan usikan terhadap mama dan bapa.

bukan senang untuk tidak bertindakbalas terhadap sikap kasarnya.. selama ini saya hanya bertahan bila dia mencaci dan menghina saya..

paling terkini semasa penghujung ramadhan sekali lagi dia menghina saya dan keluarga saya.. siapa yang dapat bertahan ? sangat hancur hati saya bila dia memuji muji bekas suami yang kononnya jauh lebih baik dari suami saya sekarang.. kalau anda berada ditempat saya.. apakah perasaan anda..

dia tidak tahu bekas suami yang dipuji2 adalah punca segala masalah dalam hidup saya biarpun sehingga sekarang. dia tidak tahu akibat kekecewaan terhadap kecurangan dan pendustaan bekas suami membuatkan saya terpaksa memulakan hidup baru dari 0. dia tidak tahu pemergian suami mengahwini wanita lain membawa bersama semua wang dan meninggalkan semua hutang yang terpaksa saya tanggung sendirian.. dan masih dia memuji orang itu ???

syukur saya telah bertemu jodoh di saat hidup terumbang ambing. tahukah dia kenapa saya berkawin semula ? kerana saya tidak mahu mama terus menerima tempias kerana ada janda dalam rumah kami.. memelihara keluarga dari sebarang fitnah dan mengelak dari diburu oleh lelaki lelaki sudah beristeri yang tidak jemu mengajak berkawin dengan mereka..

walaupun hakikatnya suami saya sekarang tidaklah kaya tidaklah berbudi bahasa sangat, sekurang-kurangnya dia menyayangi saya, boleh bergurau dengan saya dan yang paling penting melayan anak saya seperti seorang puteri..

boleh pula dia cuba mengapi-apikan saya dengan mengatakan adik kandung saya tidak menyukai suami saya dan hanya kesian kepada anak saya.. tapi bagi saya kata kata tersebut hanya hembusan angin lalu..

saya tidak boleh memaksa orang menyukai keluarga saya.. saya redha. masalah dalam rumahtangga saya biarlah saya sahaja yang uruskan..

sehingga hari ini hati ini masih lagi berdasar lantaran kata-kata itu dan tidak tahu berapa tahun lagi barulah luka ini akan sembuh

2 comments:

  1. sy pun turut simpati dengan apa yang berlaku... bagi sy mmg tk patutlah kata2 mcm tu diucap.. siapa tk sedih siapa tk menangis.. lebih lagi dari org yg dianggap sebagai adik..

    pasal masa lampau yg diungkit tu lagi la tak patut... apapun noey tabahkan hati, yang penting kita tetap dengan apa yg kita percaya... n i believe r stronger than u tot u r...

    ReplyDelete
  2. tq 4 the kind word my friend.. she's been with the family since 5yrs old but i dont know what had make her into that kind of person..

    ReplyDelete