Friday, August 26, 2011

kata hati ini

menjelang penghujung ramadhan dan dalam perasaan yang seronok ingin menyambut raya, sekali lagi ketenangan ku di kocak oleh sikap seseorang dalam keluarga yang agak keterlaluan.. sekaligus merengut sama sekali kebahagian ku untuk menyambut syawal kali ini

selama ini dia telah selalu menyakitkan hati ku, mama dan bapa.. walaupun luka penghinaannya terhadapku belum lagi sembuh, kali ini dia melakukannya lagi dengan jayanya..

aku ingin bertanya sebenarnya kenapa dia harus mengeluarkan tutur kata yang sungguh lancang dan menyakitkan hatiku dan sewenang-wenangnya meminta maaf selepas itu..

setelah puas dia mencerca dan menghina aku sekeluarga kemudian senang senang dia meminta maaf ? tidak kah dia terfikir akan kata-katanya.. kalau aku tidak mengenangkan mama dan bapa dan adik kandungku sudah lama aku haramkan kakiku menjejak rumah ini seandainya ia masih lagi disini..

mungkinkah sebenarnya hatiku terlalu lembut.. kerana aku kesian melihat anak anaknya kerna dia telah ku anggap sebagai darah dagingku kerana dia ku anggap saudara ku.. tapi aku hairan kenapa setiap kali kemarahannya datang aku dan keluargaku yang dijadikan sasaran..

aku hampir hampir meninggalkan rumah ini tapi melihat airmata mama membuatkan aku bersabar lagi barang seketika.. nasib baik suamiku tiada dirumah mendengar penghinaan kata-katanya, kalau tidak sungguh dia berjauh hati dan sudah pasti kami tidak akan balik ke mari lagi..

aku juga hampir bertekad untuk tidak kembali ke sini.. tapi aku berfikir, aku anak mama, aku anak bapa.. rumah ini rumah ku, bukan aku yang harus keluar melainkan dia..

Thursday, August 18, 2011

syawal kali ini

syawal kali ini ku rasakan amat berlainan sekali berbanding tahun tahun sudah.. entah kenapa barangkali dengan pertambahannya umur kemeriahan syawal lebih merupakan komitment kewangan berbanding dengan perayaan yang ditunggu tunggu.

aku bersyukur masih dipinjamkan umur olehNya bagi merebut intipati ramadhan.. baru tadi mendengar ceramah ramadhan tidak tahu kenapa dalam ketawa air mata ini mudah menitis mendengar penyampaian ustaz yang bersahaja.. mungkinkah hati ini sebenarnya selembut jeli..??

aku juga tidak mahu menjadi hambaNya yang tidak bersyukur.. aku bersyukur atas segala kurniaannya yang ku terima sedari dulu hingga kini.. tapi tidak kah aku boleh mengeluh ? keluhan ku terhadap kesusahan hidup yang kebelakangan ini semakin menghentam aku dalam diam diam.

aku sabar dan redha dalam apa jua rencanaNya terhadapku.. namun jauh disudut hatiku meminta agar janganlah aku diuji dengan ujian yang berat berat.. bimbang aku tidak mampu menghadapinya dan menjadikan aku seorang yang berputus asa..

apabila ku tarik nafas dalam-dalam aku terbayangkan ibu dan ayah yang menanti sepenuh harapan terhadapku dan sampai bilakah pula harapan itu tinggal harapan..

aku sedang menanti peluang untuk membahagiakan kesemua ahli keluargaku.. walaupun selama ini aku yakin aku tidak gagal melakukannya tetapi muncul sekelumit rasa sedih kerana masih belum dapat menjaminkan kesenangan untuk mereka semua..