Monday, May 30, 2011

always

mmm still in holiday mood but tergerak untuk menulis sesuatu terhadap satu isu.. ringan ringankan fikiran dan baca ...

keistimewaan hati seorang wanita ialah ianya seumpana sebuah span yang bisa menyerap apa sahaja. dalam kes note sini adalah kedukaan akibat daripada perbuatan insan yang disayang..

selalunya seorang wanita menjadi sangat pemaaf dan understanding lebih daripada sesiapapun di sisi suami atau teman hidupnya.. apa apa tindak tanduk pasangan akan diterima walaupun sedikit kecewa dan sedih namun sifat pemaaf tersebut berada di atas sekali..

berulang kali kelukaan yang sama di lakukan insan tesayang, malah ada juga pasangan yang melukakan tanpa sedikitpun rasa bersalah atau meminta maaf atas kekhilafannya melukakan si wanita..

namun wanita tetap akur dan sabar.. saya rasa kesabaran ini bukanlah kerana wanita menganggap bertindak balas satu taboo.. saya rasa phase tidak menjawab ni sudah passeee - bak kata bidang fesyen dah ketinggalan zaman

so, apa yang membuatkan wanita tetap bertahan ?

bagi saya seorang wanita begitu banyak ruang dalam hatinya . memikirkan anak-anak, ibu bapa, malah sang kekasih/pasangan.. terlalu lalu lalulah fleksiblenya..

namun, awas dalam keterlembutan itu, sebaliknya pula apabila seseorang wanita itu telah membuat keputusannya, tiada apa yang dapat menghalang atau mengubah keputusan..

sikap ini masih dikaitkan dengan sebuah span..apabila satu span telah melebihi had serapan, tiada setitis air pun akan diserap walau apapun caranya..

demikianlah...

oleh itu seharusnya perasaan seseorang wanita itu menjadi perhatian, bukan bahan jenaka sang jejaka

Tuesday, May 10, 2011

kasihannya wanita

aduhai, apalah gerangan salah wanita, terkadang selalu menjadi mangsa keadaan. mungkinkah diri wanita itu sendiri yang membiarkan dirinya dipergunakan ? ataukah memang benar seorang wanita ini amat lemah dan mudah menjadi mangsa..

saya khususkan penulisan saya kali ini dengan kisah kak lisa (tentulah bukan nama sebenar) yang berasal daripada selatan sabah (tentulah bukan tempat sebenar). wanita ini merupakan seorang ibu tunggal dan datang ke labuan untuk mencari rezeki bagi meneruskan hidupnya. kerja pun biasa-biasa saja, sesuailah dengan pelajarannya yang tidak seberapa.

dalam lingkungan umur seperti kita-kita juga, tentulah agaknya wanita ini agak kesunyian kerana telah lama hidup menjanda. dipendekkan cerita si wanita tersebut akhirnya terbuka hati utk menerima seseorang dalam hidupnya. si lelaki adalah seorang kakitangan kerajaan (jenis tentera -kerja sebenar dirahsiakan)

maka terjalinlah hubungan mereka. kak lisa sungguh serius dlm hubungan mereka ini. dan si lelaki nampak seakan serius, hingga sanggup bertunggu tangga di rumah kak lisa siang dan malam, dan hubungan tersebut sudah melangkaui tahap suami dan isteri (ekhem)

nak dijadikan cerita, ketika si lelaki sibuk melepaskan dihajat di tandas, hp yang tak berhenti berdering menarik perhatian kak lisa lalu cuba untuk menjawapnya. namun pangilan terputus tanpa sempat bercakap.

entah secara tiba-tiab kak lisa tergerak hati utk melihat inbox sms si lelaki. membaca satu demi satu antara beratus-ratus sms dlm hp tersebut membuatkan kak lisa menggigil kemarahan, mana tidaknya, si lelaki yang disayang separuh nyawa dan dilayan seperti suami rupanya masih suami orang...

rupa-rupanya kak lisa selama ini tertipu oleh si lelaki hidung belang. dek kerana terlalu marah dan geram tetiba kak lisa mengambil parang dan akhirnya terjadilah kejadian kejar mengejar berkilo kilo meter jauhnya...

pointnya sekarang, saya simpati dengan kak lisa kerana telah tertipu dengan wayang seorang lelaki. namun saya tidak salahkan kak lisa, mungkin hidupnya terlalu sunyi membuatkan kehadiran si lelaki tadi dpt diterima dengan mudah sekali

marahnya saya pada lelaki tersebut yang sanggup mempermainkan hati wanita. sampai hatinya merendah-rendahkan martabat wanita yang telah banyak berkorban untuknya (maksud saya isteri si lelaki dan juga kak lisa)

padahal terciptanya kita pun asalnya kerana Allah lihat kesunyian pada hambaNya Nabi Adam, artinya kita ini adalah pelengkap kehidupan seseorang yang bergelar lelaki.. mengapa di zaman ini lelaki terlalu mengambil mudah kehadiran kita sebagai isteri di sampingnya.

malah perkara sebegini bukanlah perkara yang menghairankan.. malah banyak kes lagi yang dasyat dasyat menimpa dalam rumahtangga kawan-kawan juga kerana karenah suami dan wanita itu sendiri..

apa yang dapat ku simpulkan, sebagai wanita kita hendaklah menjaga diri kita dan keluarga kita sebaik-baiknya. buat wanita diluar sana yang mendambakan seorang lelaki, pertimbangkan, selidik dan istikarahlah sebelum membuat keputusan..

kerana yang berlaku tidak akan dapat di liquid dengan blanko lagi.. akan menjadi coretan hidup. yang penting kita berusaha menjaga diri dan keluarga sebaiknya.. tentang ketentuan tuhan biarlah Allah yang menentukan, asalkan kita sudah berusaha sebaiknya keputusanNya pasti ada hikmahnya...

Tuesday, May 3, 2011

may may may...

helllo everyone.. camana cuti panjang ?seronok ka.. aku nda cutilaaa lum ada peluang.. tapi hujung bulan ni aku cutiiii awas laaaa org orang di seberang aku mau cari sponsor tengok tranformer hahahahaha

sekarang sudah bulan may.. menoleh sebentar kebelakang untuk melihat pencapaianku setakat ini dan syukur, Allah masih terus memberi rahmat kepada ku dan keluargaku semoga dengan kerahmatanNya menjadi aku dan ahli keluargaku seorang yang bersyukur dan mengekalkan rendah hati..

beberapa waktu ni tidak ada info menarik untuk dikongsikan.. cuma cerita tentang seorang ayah yang aku amat simpati nasibnya.. kira-kira kisahnya begini..

ayah ini sudah berumur dan agak uzur juga tetapi masih juga dapat bergerak ke sana sini tanpa bantuan.. buat masa ini si ayah tinggal dirumah yang dibeli sendiri (sudah lama dan kecil, 2 bilik sahaja) bersama anak kesayangan dan isterinya seorang warga asing.

selalu juga si ayah mengadu dengan ku tentang sikap sang menantu dan si anak yang terkadang menguris hatinya.. aku cuma mampu mendengar dan menemaninya berbual.. byklah kisah2 diceritakan oleh pakcik tersebut membuatkan kadang kala aku terfikir, kenapalah orang tua sebegini dilayan seperti ini...

hendak dijadikan cerita, satu hari tu dtglah adik si isteri dari negara pangakosayonya.. macam-macam ulah si adik sampaikan benar-benar sakit hati melihat dan mendengarnya..

tiada rasa hormat sedikitpun terhadap orang tua, malah ketika pakcik tu sedang nyenyak tidur dalam biliknya, tiba2 si wanita ni menyerbu masuk ke dalam bilik melangkahi org tua yg sedang berbaring dan mengambil baju2 (sebelum tu bilik si pakcik dijadikan stor tempat menyimpan barang hingga kan mau tidurpun sempit - bayangkan bilik 10' x 10' disumbat dengan almari pakaian dan byk benda lagiiii)

malah pakaian, pinggan mangkuk yg disimpan rapi oleh si bapa ini, peninggalan aruah isteri tercinta (mungkin ada sentimental value) terus dibuang tanpa menanya pendapat pakcik tersebut..

kesiaaaan.. apa agaknya yang sepatut kita buat ????