sebenarnya tidak ada yang mudah bagi seorang perempuan.. sekiranya dia bujang setiap detik dalam minda kedua orang tua adalah doa agar anaknya bertemu jodoh.. andainya sudah berumah tangga setiap saat orang tua mendoakan semoga jodoh itu kekal...
perjalanan hidup berumahtangga tidak semudah cerita dalam novel.. sedangkan kisah novel lagi kadang kala membuatkan kita menangis, inikan pula realiti kehidupan..
soal-soal rumahtangga selalunya sensitif. saya berpendapat dengan yakin dan tegasnya bahawa tidak ada satu pun situasi rumahtangga yang sama dalam setiap orang.. sesebuah rumahtangga itu sendiri adalah sesuatu yang unik, seumpama cap jari kita..
dalam menangani soal macam ini pokok pangkal adalah hati kita sendiri... saya akui semasa rumahtangga dilanda badai, insan yang bernama perempuan akan tiba-tiba menjadi seorang yang cukup tabah..
dalam kepedihan melayan hati yang lara, kita wanita masih dapat meneruskan hidup dan melayan anak-anak yang masih tidak mengerti apa-apa.. bagi wanita diluar sana, janganlah segan silu mengalirkan air mata..
kerana air mata itulah menjadikan kita lebih kuat, bukankah air itu sendiri yang dapat melekukkan batu ? biarpun turunnya setitis demi setitis..
bersangka baik dengan Allah atas dugaannya. kedengaran senang disebut agak sukar dilaksana. tapi apabila kita menempuhinya dengan redha.. insyaAllah keredhaan itu Allah bayar tunai.. tidak lagi ditangguh-tangguh.. terus Allah kurniakan ganjaran yang tiada terduga..
percayalah..
Wednesday, April 27, 2011
Sunday, April 24, 2011
jodoh pertemuan di tangan tuhan
baru baru ini saya mendengar tentang seorang saudara jauh melangsungkan perkahwinannya.. pada mulanya tidak ada yang peliknya tentang sesebuah perkahwinan itu, memandangkan jodoh telah sampai dan kenduri kendara berlaku seperti biasanya.
walaupun telah mendengar cakap-cakap keluarga sebelah pihak lelaki yang pada mulanya menentang perkahwinan tersebut, saya tidaklah ambil kisah sangat, biasalah tu.. tak kenal maka tak cinta.. suami saya hanya tersenyum mendengar jawapan saya yang win win situationlah katakan..
maka the fateful moments tu tiba, saya akhirnya bertemu dengan pasangan pengantin yang masih dalam suasana loving-loving hehehe honeymoon mood...
masyaAllah.. saya mengucap panjang kerana terperanjat. orait, pengantin lelaki berumur 20 tahun, dan pengantin perempuan ekhem.. 47 tahun.. malang sungguh saya terpaksa berterus terang disini, perempuan tersebut tersangatlah kelihatan tua dan tidak menarik perhatian langsung..
sebelum melihat sendiri pengantin perempuan (masa org cakap umurnya tua dari lelaki) saya membayangkan dia seorang yang mempunyai karisma dan cantik serta pandai bergaya, membuatkan seseorang yang bergelar remaja boleh terjatuh hati sampai berkahwin???
sangkaan saya jauh meleset.. ibarat tertelan kapur saya yang biasanya prop prep pop pret pun terkedu hehehe.. punyaaaa laaaaaaaahhhhh...
jadi saya mengambil kesimpulan jodoh pertemuan di tangan tuhan. saya tidak sampai hati bertanya apakah yang dilihat oleh si lelaki terhadap perempuan itu. maybe kebaikan hati dan sebagainya..
apa yang saya tahu si lelaki bersahabat baik dengan anak kedua wanita tersebut dan tup tup bunga cinta pun tumbuh semekar mekarnya..
ibarat kata ibu saudara saya, kalau jodoh sudah begitu suratannya, kenalah terima dengan hati terbuka.. bagilah mereka peluang hidup bersama.. and proof us wrong hahahaha

Subscribe to:
Posts (Atom)