Thursday, August 5, 2010

nah biskut datang balik

helo,, finally ada masa sedikit di opis untuk dicuri dan diblogkan..

sori dearest pembaca yg bosan menunggu apa apa yang ingin dikongsikan..

now its august..

saya sering jatuh sakit lately dan somebody tell me its all about stress.. sighhhhhhh

biarkanlah kisah kerja opis yang tidak pernah surut masalahnya..

sebenarnya dihati ini terbuku satu perasaan yang sukar untuk diterjemah atau diluahkan.. rasanya hanya seorang sahaja yg tahu masalah saya itu.. and u know who u r..

dilema dalam hidup kadang kala membuatkan kita memakan hati sendiri - literally.. sudah terlalu banyak pengorbanan dan tolak ansur.. namun masih layakkah untuk saya bersabar lebih lama..

dugaan dan masalah yang datang selalu berpunca dari sikap yg paling saya benci iaitu penipuan dan kealpaan.. yang lebih menyakitkan.. akibatnya diri ini yang menanggung..

selalu saya cuba untuk bermunajat meminta kecekalan hati.. namun akhir-akhir ini kecekalan itu begitu sukar untuk dipertahankan.. saya selalu rebah dalam keletihan untuk mempertahankannya.. dan seperti selalu airmata ini mengalir bersama darah di hati..

seringkali saya cuba menkaji punca dan sebab.. selalunya orang hanya menyuruh kita bertahan bersabar.. dan saya pasti dalam kehidupan peribadi sesuatu yang terjadi adalah kes kes yang berasingan..

baru saya sedar dalam kehidupan ini kita terpaksa melaluinya sendiri dan cuba adaptasi penyelesaian sendiri kerana tiada kes yang sama dalam masalah hidup..

sudah puas saya bendung, pertahan malah bertahan.. namun adalah saya ini benar- benar sekuat yang saya sangkakan..

kadangkala saya hanya inginkan ketenangan tanpa perlu berfikir mengenai masalah ini.. kini seolah-olah jalan keluar sudah tertutup untuk saya.. maju kehadapan tidak mampu, untuk berundur apatah lagi..

apakah harus kuteruskan jua..

No comments:

Post a Comment