salam akhirnya mencuri sedikit masa waktu pejabat psst jgn kasi tau boss ah..
terlintas difikiran tentang satu hal.. sebenarnya bukan setakat terlintas tapi sering berlegar-legar di raga..serta jiwa.
saya sebenarnya tidak faham kenapa seorang anak itu boleh membenci ibunya sendiri.. saya berdoa saya dan anak-anak tidak akan bersikap begini .. minta di jauhkan Allah.
bagaimanakah kebencian boleh terbit terhadap seorang ibu yang mengandung dan melahirkannya kedunia.. saya sendiri tidak faham.
puas saya berfikir tentang sikap tersebut dan masih belum berjaya merungkaikan misteri disebalik kemarahan tersebut.
katalah si ibu bersalah sangat-sangat..sampaikan tidak dapat dimaafkan oleh si anak tadi.. berapa besarkah sebenarnya kesalahan itu..
setimpalkah membencinya setelah beliau mengandung 9 bulan sepuluh hari, membawa dia di dalam perut dan sewaktu itu masih ligat lagi memotong getah atau menanam padi ? demi kelangsungan hidupnya..
tidakkah dia teringat si ibu melindunginya dari kemarahan berapi sang ayah.. pernahkah dia bertanya kenapa tangan ibunya lebam setelah menepis si anak dari pukulan sang ayah sewaktu kecil..
mungkin belum cukup tebusan dosa dia dilahirkan kedunia, sehingga sang ibu menderita kejatuhan rahim.. adakah salah ibu lebih besar daripada ini..
saya mengeluh. benar tidak faham. dan benar tidak mahu berpihak kemana-mana. hati saya sayu mengenangkan nasib si ibu..
saya pernah berkata, apalah sangat sakitnya hati melayan kata-kata ibu, paling paling pun ada lagi 10 tahun utk mendengarnya (bukan menyumpah) berbanding umur kita sehingga 18tahun menjadi jagaannya.
sememangnya saya tidak faham... semoga Allah memberikan erti diatas apa yang tersurat, tersirat dan termakrifat.. dan menjauhkan saya dari kealpaan hati yang beraja..
No comments:
Post a Comment