selamat tahun baru .. hijrah n masihi..
sedikit hari lagi tahun 2009 akan menjadi tahun lepas..
tahun ini saya rasakan banyak perubahan berlaku dalam hidup.. terutamanya jadual kerja yang semakin puntang panting.. serta kehidupan baru di tempat baru ...
semakin banyak cabaran yang berlaku.. namun saya menerimanya sebagai satu diploma untuk kematangan hati dan fikiran..
saya rindu pada suasana di kampung dimana waktu itu seluruh isi keluarga begitu erat dan kami menyambut semua perayaan dengan gembira.
tetapi kini hambatan tugas membuatkan semua orang semakin sibuk dengan langkah sendiri dan percaturan dalam membina kehidupan yang lebih baik juga memberikan jarak terhadap ikatan kekeluargaan..
sesekali bertemu pasti gamat tapi masa untuk duduk dan berketawa sambil teringat kisah sewaktu kecil dulu pun amat mahal harganya untuk dinikmati..
ketika balik kampung mata saya meratapi sawah padi yang kian mengecil lantaran pembangunan. di sawah ini saya pernah membanting tulang (samada bekerja atau pun bermain - pun kira banting tulang juga kan kan kan)..
di sawah yang sama ketawa kanak-kanak kami memecahkan kesunyian.. teringat peristiwa menaiki kerbau bersama si janah.. hahaahha manisnya tidak terulang.. teringat juga aruah tua laki yang naik angin dgn gaya kami membuat iklan 'BONIA' bersama jumpung (perahu kecil).. rugi korang tak tengok.. profesional tau kareographernya !
kini sawah itu hanya hadir sebagai lambang sahaja. saya lihat wajah mama, tua, babu mayah amat sayu setiap kali mata mereka menjeling ke tanah pusaka itu..
mungkinkah anak-anak saya tidak lagi menikmati aroma bunga padi berkembang ataupun bisikan pada menguning ?
Sunday, December 27, 2009
Wednesday, December 2, 2009
december kelabu part 2
masih lagi soal hati..
ada seseorang yang selalu merujuk saya dalam hal-hal peribadi dan hala tujunya. walaupun saya bukanlah seorang yang perfect.. maybe cara saya beliau rasa sesuai... lebih-lebih lagi kami sedarah..
saya tidak layak menasihati beliau dalam mencapai erti kehidupan beliau.. tapi apa yang saya selalu tekankan adalah selalu percaya pada hatimu... instinct.. walaupun secara hakikat kadang-kadang instinct yang kita rasa agaisnt all odd tapi believe me.. instinct kita selalunya benar.
dalam kehidupan kita tidak ada yang perfect.. lebih lebih lagi kalau dalam memilih pasangan hidup.. setiap suratan perjalanan yang tertulis sudah ditentukan olehNya.
saya selalu percaya ada sebab kita diuji dengan keputusan-keputusan yang berat dan menyesak serta menyeksakan....
kerana Allah mahu kita menggunakan hati kita... gunakan hati itu sepenuhnya untuk menentukan kehidupan sendiri.
motto saya sejak kecil adalah KEPUTUSAN BERAT ADALAH KEPUTUSAN YANG BERBALOI apa yang penting bukanlah keputusan yang kita buat.. kerana keputusan itu hanya merupakan salah satu cara..
yang utama bagaimana kita menghadapinya. bagaimana kita mempergunakan keputusan itu untuk kehidupan kita. bagi saya tidak akan ada keputusan yang silap dalam kehidupan asalkan itu adalah keputusan yang diambil oleh hatimu.. bukan keputusan bagi pihak orang lain yang merasakan keputusan MEREKA juga semestinya keputusan KAMU.
kalau keadaan betul-betul membengangkan apa-apa keputusan pun sebenarnya tetap ada pro dan kontranya.
Nah kan senang... yang penting apa pun yang hati kita inginkan.. laksana dan pikul sepenuhnya tanggungjawab daripada keputusan itu. berhenti menyalahkan diri sendiri atau orang lain. lihat kepada kebaikan jangan fokus kepada kelemahan.
kita belajar dari kehidupan ini berdasarkan apa yang kita alami sendiri. orang lain hanya boleh meramalkan bagi pihak kita tapi yang menjadikannya adalah kita sendiri.
berbalik kepada keputusan, kalau hati kita bertekad itu adalah keputusan yang terbaik maka akan jadi terbaiklah keputusan itu.. begitulah sebaliknya.
wahhh.. habis sudah ceramah kita hari ini... take care tata titi tutu

now its december
wah tak sedar penghujung tahun 2009 begitu mendekat.. dont blame me hehehe blame it on the rain..
walaupun bukanlah peminat setia lagu dangdut.. teringat lagu december kelabu... lagu itu pernah menjadi favourite ayah saya.. hehehe harap-harap dia tidak baca blog ni kerana pasti dia segan kerana lagu tu agak jiwang sedangkan imej beliau.. ehem ehem..brutal.. ampuuunnn paaaakkkk.
well december kelabu. apa yang harus saya catat hari ni.. sebenarnya banyak benda bersarang dalam kepala hotak ini.. tapi masa untuk menjelmakannya menjadi suatu tulisan agak terhad. saya tidak salahkan 24 yang diaturkan dalam satu hari.. hanyalah khilafnya saya yang sudah 36 tahun masih gagal mentadbir masa dengan baik.. eheeheh my mistake..
tak mahu menyentuh hari lahir yang baru berlalu. hari ini mau kongsi sedikit dengan kisah sebuah hati.
semua orang tahu bahawa hati itu hanyalah segumpal darah dalam tubuh kita sbagai manusia. tapi hati sungguh banyak implikasinya kepada manusia. baik apa yang terjadi selepas dan sebelum semuanya bermula dengan hati.
maybe tak perlu saya menyentuh tentang kisah hati yang berkaitan dengan kisah keagamaan, let that story been told by an expert.. hehhe
seketul hati ini banyak mencorak apa kejadian yang berlaku dalam hidup.
saya tidak tahu prinsip orang lain. bagi saya maybe typical bajau.. hati ini merupakan satu aset terpenting dalam hidup.
semua yang terjadi dalam hidup saya ini semuanya kerana hati saya.
saya selalu memujuk hati untuk bersabar tapi pada masa yang sama saya biarkan hati saya beraja...bagaimana..
contohnya..saya sentiasa bersabar dengan cakap-cakap beracun manusia disekeliling saya, yang sering cuba merosakkan hati ini dengan sengaja atau tidak???? tapi pada masa yang sama saya biarkan hatinya menjadikan diri saya sebagai saya... dapat ka ? paning jua ayat ku ni.. tapi dalam maknanya tu renung renungkan selamat beramal..
jgn bimbang dearest friend.. part 2 akan bersambung

Subscribe to:
Posts (Atom)