setelah sekian harinya berhenti menaipkan entri hari ini hati ku tergerak untuk mengongsikan sedikit cerita..bagi sesiapa yang mengikut blog ini sememangnya sudah mengerti erti penama ZIM kepadaku..
lewat minggu lepas ZIM mendatangiku dalam mimpi..sebenarnya aku juga tidak mengerti kenapa aku harus bermimpi bertemunya..mungkinkah minda di bawah sedarku yang menciptakan mimpi tersebut..
aku akui sememangnya aku tertekan dan bersedih minggu lepas..saat hatiku merintih jiwaku menangis kerana keadaan yang tidak menyebelahi aku..waktu aku terlelap dengan sisa airmata aku bermimpi menemui ZIM..
dia duduk dibangku kayu sama seperti dalam mimpiku yang sudah sudah dan aku juga duduk disebelahnya memandang jauh ke saujana pemandangan waktu senja yang berbalam indah..
noey.. suara ZIM bergetar menusuk kehatiku..janganlah menangis lagi..aku merasa tidak tenteram kerana tembusan suara tangisanmu.... seusai ZIM melafazkan kata itu..dalam mimpiku aku mengalirkan airmata. aku merasa sebak kerana dia mengakui tidak tenteram.
aku jawap..Maafkan aku, aku tidak sengaja. tapi aku rasa sedih kerana apa yang ku harapkan masih belum menjadi kenyataan..tapi aku tidak dapat halang diriku dari menangis..ujarku demikian.
ZIM tersenyum dan senyumannya juga menusuk jantungku kerana apa aku pun tidak tahu. aku gembira untukmu Noey..aku tau hatimu telah temui apa yang aku telah bawa pergi.. aku hairan dengan kata ZIM sedemikian, macam sukar untuk aku cernakan waktu itu..
tapi berhentilah menangis sudahlah..kemudian ZIM pegang pipiku..seka air mataku dan bangun untuk berlalu pergi...bila aku tersedar pipi n bantalku basah dengan air mata..sehingga saat ini aku masih tertanya tanya erti mimpiku..
tapi ZIM terima kasih kerana mengunjungiku saat aku bersedih dan perlukanmu..aku telah hadiahkan fatihah untukmu lambang kasih sayangku..