wah.. teringin pula mengupdate blog lama sudah tidak menulis sesuatu kan ? tajuk ku ringkas sahaja iaitu being happy.. menjadi seorang gembira.. nampak macam senang tapi bukanlah semudah itu kan guys ?
banyak ups and downs dalam kehidupan ini. masalah rumah tangga masalah perasaan semuanya kadang-kadang tidak dapat dikongsikan dengan rakan-rakan. akhirnya aku mencipta formula sendiri iaitu 'happy essence'.. di mana setiap kali masalah ku timbul akan ku titikan beberapa titis esen gembira di dalamnya. walaupun hakikat hati itu sakit dan terluka sekurang kurangnya aku mengalihkan tumpuanku terhadap esen tersebut memikirkan bagaimana untuk menjayakannya..
nampak seperti orang tak betul hahaha.. tapi ku rasa caraku ini berkesan untuk diriku. setiap kali hatiku dilukai akan ku tuang esen gembira banyak banyak dan ku hiburkan diriku dengan cara yang aku sukai..
kadang kala apabila sudah selalu dilukai perasaan itu telah mati. dan untuk mengelak aku ikut sama mati.. aku akan mencari jalan untuk menghidupkannya. aah.. begitulah kehidupan kadang kala sama sekali tidak kita faham kenapa putarannya berlaku sedemikian..
hari ini aku sedikit gembira kerana bertemu rakan-rakan lama yang gila-gila membuatkan aku tersenyum biarpun dalam menangis hehhe hebatkan mereka.. menemui mereka seumpama menemui aku yang dahulu.. seorang yang sentiasa happy care free dan caring.. itulah sifat sebenar aku..
nah itu sajalah catatan ku hari ini semoga bertemua lagi adios..