dear noey,
apakah ertinya andainya sekiranya pertanyaan terhadap bagaimana bahagianya perkahwinan saya akan saya jawap sebagai ok.. setakat ok sahaja.. tidak pada jawapan saya sungguh bahagia, saya sungguh tuah etc etc
kenapa saya merasakan perkahwinan saya tidak sebahagia orang lain, perkahwinan kami sentiasa di landa badai dan taufan dan segala bentuk tsunami yang ada..
rakan-rakan, baru baru ini saya menerima email yang intronya segini.. maaflah keseluruhan email tidak dapat dikongsikan.. persoalannya kenapa saya introkannya sebagai topik di blog saya hari ni? saya rasakan isu ini begitu dekat dengan kita kerana apa yang berlaku mungkin pernah atau sedang atau bakal (minta dijauhkan) berlaku dalam kehidupan rumahtangga kita..
sebagai seorang wanita, berkahwin bolehlah dikatakan satu peluang kedua dalam kehidupan, dimana sebelum berkahwin watak kita menurut apa yang telah dicorakkan oleh ibu bapa untuk kita.. apa bila mengendalikan sesebuah rumahtangga sendiri, akhirnya kita yang menentukan arah tujunya perjalanan hidup kita seterusnya..
maksudnya dengan peluang kedua ini, kita selalu mengharapkan yang terbaik dan indah indah seperti yang hati kita inginkan, sewaktu memasang angan ketika mula berkahwin, segala bentuk masalah rumahtangga tidak pernah terbayang.
seperti masalah penulis email yang saya amat ketahui amat rumit, setiap rumahtangga mempunyai cap biometriknya tersendiri. kerana sesebuah rumahtangga adalah ekslusif. masalah tidak akan sama dengan masalah orang lain. walaupun wujud pelbagai buku 'panduan berumah tangga' di pasaran.. buku buku ini sebenarnya hanya 'pembuat dasar'... bukan 'pegawai pelaksana' haha
bersangkutan dengan masalah dalam kelambu ini, sebaik-baiknya berfikir secara jauh kehadapan dan lihat hala tuju.. sekiranya perpisahan lebih baik, maka ada hikmahnya sedemikian, sekiranya ada kelebihan dalam bertahan, maka bertahanlah..
sebenarnya apa yang penting adalah tanggungjawab kita terhadap keputusan yang kita ambil, kerana seperti tulisan saya yang lepas-lepas, tiada soal salah membuat keputusan.. yang amat utama bagaimana kita menghadapi natijah dari keputusan yang kita ambil..
oleh itu rakanku penulis email jawapan panjang lebar terhadap soalan mu dah ku balas dalam emailmu.. tapi harap ambil maklum ya, ini sekadar pendapat sahaja.. pendapat saya bukanlah pendapat pakar..
adios!!!!!!!!!!!!!!!!