kadang kadang saya sendiri tidak mengerti kenapa susah sangat untuk berterus terang terhadap seseorang mengenai sikapnya yang tidak kita sukakan. walaupun ramai rakan yang melabel saya sebagai seorang yang garang siiiiikit.. tapi saya merasakan saya selalu bersikap menjaga hati orang sehinggakan akhirnya perkara itu memakan diri sendiri.
dalam kehidupan ini, apa yang dilalui selalunya melencong daripada angan asal. saya yakin saya bekerja keras untuk membentuk hala tuju kehidupan berkeluarga termasuk mencuba untuk memberikan segalanya yang saya mampu untuk satu satunya anak saya yang tersayang..
segala masalah akan saya pendam dalam hati. cacian cemuhan sindiran malah kata-kata beracun biasanya cuma ditelan tanpa saya menimbal balas. tapi hati saya ini juga mempunyai keterbatasan. adakalanya saya tidak dapat menahan semuanya itu dengan sendirian.
apabila terjadi begitu, maka akhirnya saya akan bertindakbalas. dan saya tau ramai melabel saya sebagai keras hati dan mulai menyalahkan saya, tetapi mereka tidak melihat perkara ini sedari pangkal pokoknya.
mungkin kekeliruan ini juga datangnya dari saya sendiri. saya jarang meluahkan perasaan pada orang lain.. dan sikap berdikari terbawa-bawa hingga mendidik saya menghadapi masalah dengan sendirian sahaja.
akhirnya dengan salah faham itu, jari tertuding kepada saya kerana tiba-tiba melakukan tindakan drastik.
mmmm.. sebenarnya saya langsung tidak ambil pusing tentang presepsi orang lain terhadap saya, kadang kala saya rasa saya tidak perlu 'explain' myself hanya kerana untuk menegakkan kebenaran yang saya bawa..
saya mahu mereka kenal saya seadanya saya..
lastly, i really dont know where's this writing heading to.. hehehe dan lega akhirnya dapat meluahkan dalam setitis rasa ketidakpuasan hati biarpun hanya untuk tatapan diri sendiri..
adios!