Thursday, May 6, 2010

hi apa khabar semua ? lama tidak mengupdate blog ini.. faktor masa selalu sya persalahkan.. biasalah kan manusia mana ada pernah salah sendiri.. ehheee now its may again.. tidak lama lagi adalah hari ibu..

istimewanya ibu saya, iaitu yang saya panggil mama.. mama saya ni tidak pernah marah.. itu yang paling utama..

sikap mama yang sentiasa tenang dan relaks, membuatkan hampir mustahil bagi sesiapa untuk membencinya.. mama saya tiada musuh..itu yang pasti..

mama lahir pada era akhirnya zaman pemerintahan jepun, zaman tu agak susah kehidupan dan mama selalu tegar menjalaninya. yang pasti mama mempunyai tanggungjawab berat dalam keluarga, dulu dia bersawah dan menjaga kerbau kerbau yang banyak - ia mama saya sinonim dengan kerbau - atau kerabau kami panggil..

dalam rumahtangga ujian mama getir sekali, kakak saya yang sulung meninggal dunia semasa dilahirkan, begitu juga dengan adik saya.. apa yang saya tahu mama sentiasa bersangka baik dengan dugaan berat daripada Allah.. dan tidak putus-putus bersyukur terhadap kurniaan Allah samada buruk baik semua beliau terima menadah tangan ke atas..

saya masih ingat kehidupan kami agak sesak, saya pernah lihat mama memakan nasi berulamkan kopi, sedangkan kami enak melahap ayam goreng (masa tu ayam makanan 'awal bulan').. saya tidak tahu kenapa masih ingat perkara itu kerana mama cakap waktu kesusahan genting adalah waktu adik lelaki saya baru lahir kerana ayah belum ada pekerjaan tetap, hanya membantu keluarga berniaga kecil-kecilan saja.

dari saya kecil sampailah sekarang ini mama belum pernah gagal memanjakan saya, meskipun saya kini juga bergelar mama.. mama juga mampu berlawak jenaka bersama kami semua.. ahh saya rindu berada di kampung bersama mama..

isi hati mama cukup saya faham. kerlingan matanya sudah saya masak samada dia suka atau sebaliknya, tapi mama tidak akan meluahkan pendapatnya kalau tidak di minta kerana dia sungguh-sungguh menjaga hati.. meskipun hati seorang anak sendiri..

mama sungguh pandai memujuk hati sendiri.. dia akan mengadu sepuas puas kepada Ya Rabb.. sekiranya dia ada masalah.. walaupun dibelenggu banyak dugaan, mama tidak pernah menolak daripada membantu orang yang memerlukan itulah keistimewaan mama..

saya berharap orang baharu bakal menjadi ahli keluarga kami faham feel mama...

mama juga menghargai pemberian orang. sebab tula saya rasa mama selalu menerima ole-ole daripada sesiapa jua pun kerana pemberi ole-ole tahu pemberian mereka dihargai kerana mama akan memakainya, contoh kain, tudung, beg.. semua mama manfaatkan..

mama juga suka kehidupan sederhana, sementalah lagi itu sahaja yang kemampuan kami ada.. agak kasihan juga mama tidak hidup serba mewah.. tapi saya tahu kemewahan tidak membuatkan mama tenang..

satu saja kelemahan mama yang saya tahu.. haaahhh mama tidak boleh hidup tanpa kopi.. itu sudah pasti..

apa yang saya tahu mama sentiasa cuba memberi memberi memberi dan terus memberi kepada anak-anak.. atas dasar kasih sayang..

saya belum pernah dengar mama mengeluh dan tidak pernah melihatnya putus asa..

banyak lagi tentang mama yang tidak mampu terungkai dengan kata-kata.. to know her is to love her...

i love you mom.. selamat hari ibu, semoga panjang umur murah rezeki dan kesihatan yang baik...